the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Notis tunjuk sebab kepada Mohd Shafie siap untuk diserahkan

KOTA KINABALU: Notis tunjuk sebab terhadap Presiden Parti Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah siap untuk diserahkan.

Pengarah Pendakwaan Sabah Nahra Dollah mengesahkan perkara itu kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu hari ini.

Beliau bertindak sebagai pegawai pengendali inkues kematian remaja Zara Qairina Mahathir.

Namun, Nahra berkata pihaknya tidak pasti bila notis berkenaan akan diserahkan kepada ahli politik itu.

Jabatan Peguam Negara memaklumkan pada Isnin lepas bahawa pihaknya sedang meneliti kandungan kenyataan Mohd Shafie berhubung kes Zara Qairina.

Jabatan berkenaan memandang serius kenyataan yang dikeluarkan Mohd Shafie semasa berucap di majlis Jelajah Inspirasi DSSA P187 Kinabatangan pada 20 September 2025.

Menurut kenyataan AGC, jabatan berkenaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas mengikut lunas undang-undang.

Tindakan itu termasuk memulakan prosiding penghinaan mahkamah setelah penelitian itu selesai.

Sebelum ini, rakaman video pada satu majlis makan malam yang tular memaparkan Mohd Shafie mempersoalkan tempoh panjang prosiding inkues.

Inkues itu bagi menentukan punca kematian pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha di Papar.

Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 17 Julai lepas.

Beliau ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 4 pagi 16 Julai.

Pada 13 Ogos, AGC mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan oleh polis.

Setakat ini, 10 saksi termasuk dua kanak-kanak telah memberi keterangan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Sebelum itu pada 8 Ogos, AGC telah mengeluarkan perintah agar kubur Zara Qairina digali semula bagi membolehkan bedah siasat dilakukan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Team Rey Young reach MWI 2026 quarterfinals on Esports World Cup debut in Paris

KUALA LUMPUR, July 22: Malaysia's Team Rey Young reached the quarterfinals of the Mobile Legends: Bang Bang Women's International 2026 (MWI) on their debut at the Esports World Cup (EWC) in Paris.The team secured a top-eight finish after progressing through Malaysia's domestic qualification pathway via the RedOne MLBB Ladies International Invitational.

Hariss Harun targets Singapore’s fifth Asean Hyundai Cup title as lions look to rise...

SINGAPORE, July 23: Singapore captain Hariss Harun believes the Lions are ready to challenge for a fifth ASEAN Hyundai Cup™ title as the tournament celebrates its 30th anniversary.Hariss, who has experienced Singapore's greatest triumphs and toughest periods over the past two decades, is preparing to play a leading role as the four-time champions begin their campaign in Group A.The Lions open their campaign against Cambodia at Morodok Techo National Stadium on Friday before hosting Timor-Leste at Jalan Besar Stadium next Monday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings