the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Nur Shazrin harap kejayaan emas tingkat motivasi kontinjen negara

HANGZHOU: Pelayar negara Nur Shazrin Mohamad Latif berharap kejayaannya menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia di Sukan Asia kali ini, dapat meningkatkan lagi motivasi atlet negara untuk menambah koleksi pingat.

Nur Shazrin yang muncul juara acara ILCA 6 wanita hari ini, berkata beliau sebenarnya tidak menyangka bakal menjadi penyumbang emas sulung Malaysia dalam temasya ini, ketika tiba di Pusat Pelayaran Ningbo Xiangshan, lebih 170 kilometer (km) dari sini.

Atlet berusia 25 itu meraih emas selepas mengekalkan kedudukan pertamanya dengan 25 mata penalti selepas 11 perlumbaan setakat semalam, setelah perlumbaan terakhir hari ini dibatalkan kerana kekurangan angin di Tasik Dongqian.

“Saya sebenarnya harapkan ada perlumbaan hari ini dan lihat keputusan penuh. Keadaan angin di sana memang sukar dijangka dengan arus yang kuat. Kadang-kadang angin kuat, tetapi tiba-tiba hilang.

“Strategi saya untuk mengekang pencabar utama daripada memotong saya, walaupun saya tidak dapat berada di tempat teratas pada beberapa perlumbaan menjadi. Saya ingin mendedikasikan pingat ini kepada semua rakyat Malaysia,” katanya.

Nur Shazrin juga mengesahkan tiket ke Paris 2024 selaku pemenang pingat emas, sekali gus bakal membuat penampilan ketiga di Sukan Olimpik tahun depan.

Dengan berbaki kurang dari setahun untuk membuat persediaan, beliau berharap program persiapan kali ini lebih baik untuknya.

“Antaranya, saya berharap dapat diberikan peluang untuk menjalani latihan di Eropah, terutamanya di Portugal. Kita pernah berlatih di Portugal sebelum ini, keadaan di sana memang baik untuk meningkatkan prestasi,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

US and Iran set for talks as Lebanon conflict threatens deal

The first round of negotiations between the United States and Iran since the two sides signed a preliminary agreement to halt their war is due to begin in Switzerland, with the conflict in Lebanon threatening the deal.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings