the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Operasi agensi kerajaan tidak terjejas oleh insiden gangguan IT global – TPM Fadillah

SHAH ALAM: Gangguan teknologi maklumat (IT) global yang berlaku sejak semalam tidak menjejaskan operasi agensi kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata setakat ini hanya sektor penerbangan sahaja yang terjejas oleh gangguan berkenaan namun menerusi langkah proaktif yang diambil gangguan tersebut dapat diatasi dengan baik.

“Ini adalah satu cabaran bila kita menggunakan teknologi…kalau ada teknologi glitches (gangguan), kita akan berdepan dengan pelbagai masalah, jadi yang penting kita kena siap siaga kalau berlaku glitches, apakah langkah-langkah yang patut kita ambil untuk mengurangkannya,“ kata Fadillah.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Sistem Penyelesaian Pembayaran Terbuka Kenderaan Elektrik JuiceUP, di sini, hari ini.

Semalam (Jumaat), media melaporkan institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, saluran media dan hospital di beberapa negara terjejas akibat gangguan IT global.

Gangguan IT itu dikaitkan dengan syarikat teknologi keselamatan siber global Amerika Syarikat, Crowdstrike Inc, berpangkalan di Austin, Texas, yang menyediakan perlindungan titik akhir, risikan ancaman dan perkhidmatan tindak balas serangan siber.

Sementara itu mengenai perkembangan lain, Fadillah berkata kerajaan sedang menggiatkan usaha untuk memperluaskan stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) di seluruh negara khususnya di luar bandar.

Beliau berkata langkah itu selari dengan dasar negara untuk meningkatkan penggunaan EV bagi memastikan sasaran sifar karbon menjelang 2050 dapat dicapai.

“Sekarang ini fokus kita adalah untuk buka (stesen pengecasan EV) ke seluruh Malaysia. Saya sendiri mempengerusikan Jawatankuasa Pemandu EV Kebangsaan yang dikelolakan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

“Salah satu gerakan kita adalah untuk memperluaskan stesen pengecasan EV di seluruh negara, bukan sahaja sekarang ini yang banyak di lebuh raya atau kawasan rehat dan rawat (R&R), tetapi juga di pusat beli belah dan bangunan pejabat serta kawasan luar bandar,“ katanya.

Semasa majlis hari ini, syarikat pengurusan pengecas EV, JuiceUP EV Grid Sdn Bhd, melancarkan sistem penyelesaian pembayaran terbuka EV pertamanya untuk meningkatkan kebolehcapaian dan kemudahan pengecasan EV di seluruh negara.

Fadillah berkata JuiceUP membolehkan pengguna mengetik dan mengecas EV mereka dengan kaedah pembayaran yang diterima secara meluas tanpa memerlukan sebarang aplikasi atau langganan.

“Saya yakin JuiceUP boleh menjadi pemain yang relevan dalam ekosistem mobiliti elektrik yang boleh menyokong agenda penggunaan EV di seluruh negara dan memacu agenda peralihan tenaga Malaysia,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Aurora Mobile unveils omni-channel AI solutions at HKPC, GPTBots.ai powers enterprise services from “Q&A”...

Aurora Mobile showcased its enterprise AI solutions at an HKPC workshop, demonstrating how GPTBots.ai and EngageLab enable AI agents to automate business processes, strengthen customer engagement and support digital transformation across multiple industries.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings