the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Operasi cari dan selamat bot karam di Langkawi ditamatkan

Operasi CARILAMAT bot pendatang tanpa izin karam di Langkawi ditamatkan selepas sembilan hari dengan 43 mangsa ditemui.

LANGKAWI: Operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) insiden bot pendatang tanpa izin yang karam di perairan sempadan Malaysia-Thailand telah ditamatkan hari ini.

Operasi selama sembilan hari itu meliputi kawasan pencarian seluas 1,745.88 batu nautika persegi.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis Kapten Maritim Zainudin Mohd Zuki berkata operasi ditamatkan pada 6.30 petang ini selepas penilaian akhir.

Beliau menyatakan penamatan dibuat kerana tiada petunjuk baharu selain faktor cuaca dan risiko, selaras dengan prosedur operasi standard CARILAMAT.

Operasi diaktifkan bermula 9 November lepas selepas Pusat Sub Penyelamat Maritim Langkawi menerima laporan penemuan mangsa pertama.

Sebanyak 43 mangsa berjaya ditemui setakat 12 tengah hari tadi, terdiri daripada 14 mangsa terselamat dan 29 mangsa maut.

Mangsa terselamat terdiri daripada 12 lelaki dan dua wanita manakala mangsa maut melibatkan 15 lelaki, sembilan wanita, dua kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan.

Penemuan mangsa direkodkan di beberapa lokasi sekitar Pulau Singa Besar, Pulau Rebak Besar, Teluk Apau, barat Tanjung Belua dan Pulau Anak Datai.

Semua mangsa yang ditemui telah diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia bagi tujuan pengecaman dan tindakan lanjut.

Zainudin berkata sekiranya terdapat penemuan atau petunjuk baharu, pihaknya akan menilai semula untuk mengaktifkan operasi CARILAMAT.

Lebih 300 pegawai dan anggota serta 22 aset terlibat dalam operasi sembilan hari itu.

Operasi membabitkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Perikanan.

“Maritim Malaysia telah mengoptimumkan segala keupayaan dan aset bagi memastikan setiap sektor pencarian diliputi sepenuhnya,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua agensi keselamatan dan pihak yang terlibat dalam operasi tersebut. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings