the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Operasi salvaj KD Pendekar: Anggota yang maut dikenali sebagai LK I PLM Arman San – TLDM

JOHOR BAHRU: Anggota penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang meninggal dunia ketika melaksanakan operasi salvaj Kapal Diraja (KD) Pendekar di perairan Kota Tinggi ialah Laskar Kelas (LK) I PLM Arman San Hermansa.

TLDM dalam kenyataan hari ini memaklumkan jenazah Allahyarham Arman San yang berkhidmat sebagai Penyelam Ranjau pasukan itu dari Markas Selam dan Peperangan Periuk Api (MSPPA) kini berada di Hospital Sultan Ismail, Johor untuk proses bedah siasat dan akan dibawa ke Lahad Datu, Sabah untuk pengebumian.

“TLDM akan memastikan segala bentuk bantuan dan sokongan disalurkan kepada keluarga Allahyarham dalam menghadapi dugaan ini.

“TLDM menzahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan para syuhada dan golongan yang beriman,” katanya.

Menurut TLDM, Lembaga Siasatan Khas telah ditubuhkan bagi mengenal pasti punca kejadian.

KD Pendekar tenggelam semasa pelayaran operasi di perairan Tanjung Penyusop selepas mengalami kebocoran dipecayai akibat terlanggar objek bawah air pada 25 Ogos lepas.

Bagaimanapun, usaha pantas komuniti maritim berjaya menyelamatkan kesemua 39 kru KD Pendekar sebelum kapal itu ditenggelami air sepenuhnya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings