the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Orang awam diminta beri maklumat berkaitan bahan letupan tercicir

SHAH ALAM: Sebuah kotak berisi bahan letupan dipercayai tercicir dari sebuah kenderaan yang dipandu oleh seorang lelaki pada Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Saleh berkata pihaknya menerima laporan pada 10.28 malam hari kejadian daripada lelaki berusia 28 tahun itu yang mengesyaki bahan letupan terbabit telah tercicir ketika dalam perjalanan untuk dihantar ke kuari di kawasan Puchong.

“Semasa pengadu dan rakannya berada di jalan Sistem Lingkaran Lebuhraya Kajang, pengadu perasan terdapat kenderaan dari belakang memberi lampu isyarat yang mengatakan bonet Nissan Navara yang dinaiki mereka terbuka,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata pengadu kemudian memberhentikan kenderaan dan menutup semula bonet itu tanpa mengesyaki ada barang yang tercicir kerana keadaan lalu lintas agak sibuk serta berbahaya.

“Pada 8.25 pagi, pengadu bersama rakannya telah sampai ke lokasi dan semasa menurunkan barang, pengadu mendapati sekotak bahan letupan jenis cast booster 400GMS berkurangan dan telah memeriksa jalan yang dilalui tetapi tidak menjumpai kotak tersebut,” katanya.

Ahmad Ridhwan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 286 Kanun Keseksaan kerana kelakuan cuai membabitkan bahan letupan dan orang awam yang mempunyai maklumat atau menjumpai bahan terbabit diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Zulfadzly di talian 016-412 3834. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings