the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pameran Malaysia Open House Exhibition @ ASEAN KL dibuka kepada orang ramai mulai esok

KUALA LUMPUR: Orang ramai berpeluang mengenali lebih banyak produk tempatan serta peluang kerjaya bagi belia pada pameran Malaysia Open House Exhibition @ ASEAN KL 2025 anjuran Kementerian Kewangan yang dibuka secara percuma di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, mulai esok.

Pameran itu yang berlangsung di Aras 3, Dewan 7A, 7B dan 7C dijadual dirasmikan oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan akan dibuka seawal pukul 9.00 pagi sehingga 6.00 petang.

Beberapa jabatan dan agensi kerajaan Persekutuan seperti Kraftangan Malaysia dan Jabatan Wilayah Persekutuan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) serta institusi kewangan terkemuka di Malaysia merupakan antara peserta yang akan menyertai pameran tersebut.

Selain produk tempatan, pelancongan dan kerjaya untuk belia, pengunjung berpeluang mendapatkan maklumat lanjut mengenai program iTEKAD khususnya peniaga kecil yang berminat memohon geran bantuan perniagaan di bawah inisiatif tersebut.

iTEKAD merupakan program kewangan sosial yang bertujuan membantu usahawan mikro berpendapatan rendah memperkukuh pengurusan kewangan dan kepintaran dalam perniagaan ke arah menjana pendapatan yang berterusan.

Pada Belanjawan 2025, sebanyak RM15 juta diperuntukkan bagi modal permulaan di bawah program iTEKAD.

Malaysia Open House Exhibition @ ASEAN KL 2025 dianjurkan bersempena Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) yang akan berlangsung selama empat hari bermula esok.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings