the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Parlimen: KESUMA, JTM rancang gerak kerja wujudkan ILJTM Premium, perkasa latihan TVET

KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Jabatan Tenaga Manusia (JTM) sedang merancang gerak kerja bagi mewujudkan Institut Latihan JTM (ILJTM) Premium, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata langkah itu antara inisiatif bagi menjenamakan semula program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di bawah kementerian berkenaan.

“Inisiatif ini adalah satu usaha KESUMA untuk menawarkan program-program yang lebih fleksibel dan memenuhi keperluan industri, bekerjasama dengan syarikat-syarikat berimpak tinggi dalam memperkasakan latihan TVET negara,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan asal Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) mengenai pelan kementerian untuk memperkasakan Institut Latihan Perindustrian (ILP) di seluruh negara bagi memastikan tenaga kerja negara dilatih untuk memenuhi keperluan industri pada sesi soal jawab.

Menjawab soalan tambahan Yii berkaitan langkah kementerian bagi mengelakkan berlakunya pertindihan dalam bidang-bidang kemahiran TVET, Abdul Rahman berkata KESUMA sudah mengambil langkah dengan menetapkan hanya satu peneraju bagi sesuatu bidang tertentu di sesebuah institusi.

“Pertindihan ini (juga) terdapat keperluan mengikut lokaliti bagi menampung jumlah permohonan yang tinggi dan kita telah bersedia untuk melaksanakan kajian iaitu rasionalisasi program di bawah kemahiran JTM,” katanya.

Sementara itu, menjawab soalan Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap) mengenai sama ada KESUMA bercadang untuk mengkaji elaun pelajar ILP semasa kursus dan latihan industri, Abdul Rahman memaklumkan perkara itu masih dikaji.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology secures transformational US$2.5 billion five-year AI GPUaaS compute contract

Gorilla Technology Group (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla"), a global provider of AI-driven infrastructure, security intelligence and data solutions, today announced that it has signed a five-year AI compute infrastructure contract with a high investment-grade global technology customer for deployment at the NeutraDC Batam data centre in Indonesia.

Founders Metals Hits 53.1 m of 1.21 g/t Au from Surface in New Zone...

(TSXV: FDR) (OTCQX: FDMIF) (FSE: 9DL0) ("Founders" or the "Company") announces drill results from the Upper Antino target area at the Antino Gold Project ("Antino" or the "Project") in southeastern Suriname.

Vondrousova insists she never doped after four-year ban

Former Wimbledon champion Marketa Vondrousova maintains she has never used performance-enhancing drugs after receiving a four-year ban for failing to comply with an anti-doping test.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings