the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Parti komponen Kerajaan Perpaduan kekal setia, tolak percubaan tebuk atap: PM

PUTRAJAYA: Parti-parti politik yang membentuk Kerajaan Perpaduan menolak dengan tegas segala percubaan pembangkang untuk “menebuk atap” dalam usaha meruntuhkan kerajaan hari ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Presiden PKR berkata malahan pimpinan parti-parti politik itu kekal setia dengan prinsip dan tatakelola pentadbiran baik selama setahun.

“Satu tahun berlalu. Pada peringkat awal, bulan-bulan awal, memang sedikit terumbang-ambing kerana sentiasa ada percubaan mengintai, mengintip dan mendesak untuk mengulangi amalan ‘tebuk atap’… kesetiaan sahabat-sahabat teruji, katanya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, malam ini.

Pada malam ini, Anwar menyatakan penghargaan beliau di atas kemuafakatan dan kesetiaan rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan biarpun mereka berhadapan cabaran untuk menangkis dan mematahkan percubaan daripada pihak-pihak tertentu untuk mengambil alih kerajaan termasuk ada yang dipelawa menjadi perdana menteri.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan PKR 2023 yang dihadiri 2,734 perwakilan dan 1,500 pemerhati, serta pimpinan utama parti-parti gabungan Kerajaan Perpaduan dan perwakilan kedutaan asing.

Sehubungan itu, Anwar merakamkan penghargaan kepada pimpinan parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan dan Jemaah Menteri kerana terus setia untuk memastikan agar kerajaan ketika ini kekal inklusif dan mewakili semua kaum serta wilayah.

“Pelbagai telahan dan tohmahan telah dilontarkan, saya ingin tegaskan semula bahawa dalam perundingan awal (Kerajaan Perpaduan) yang ditekankan adalah prinsip dan hala tuju negara, tatakelola yang baik, membanteras rasuah, memacu pertumbuhan ekonomi.

Ini dasar dan saya ucapkan terima kasih kepada rakan kerana setia dengan prinsip ini, “ katanya.

Sementara itu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata Kerajaan Perpaduan juga tidak akan “tergopoh-gopoh” dalam melaksanakan agenda reformasi kerana mengambil pendekatan daripada sejarah dunia dan pengalaman PH pada 2018.

“Walaupun terdapat golongan elit berkata kita perlahan dalam kemajuan reformasi tetapi percayalah, belajar daripada pengalaman yang lalu. Kalau kita gopoh, baik dalam soal pelaksanaan Islam atau dalam pelaksanaan agenda reformasi ini, kita akan ditolak rakyat,” katanya.

Perdana Menteri berkata kerajaan perlu berhemah dan bijaksana dalam mengukur keupayaan sendiri dan penerimaan majoriti rakyat kerana tiada semua masalah negara dapat diselesaikan dalam masa setahun.

Anwar juga menegaskan Kerajaan Perpaduan tidak akan mengizinkan negara ini diperkotak-katikkan atas nama agama dan kaum selain tidak berkompromi dengan pihak yang memainkan isu perkauman termasuk isu meritokrasi kerana kerajaan ini berikrar untuk menjaga kebajikan semua kaum.

Turut hadir dalam kongres berkenaan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor dan Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Kongres yang berlangsung dua hari bermula hari ini, mengangkat tema “Memaknai Reformasi, Menjulang MADANI”. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings