the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 28, 2026
30.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pascabanjir: Keadaan sekolah perlu selamat, kondusif – Fadhlina

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

ALOR SETAR: Semua sekolah terjejas banjir perlu dipastikan supaya benar-benar bersih, selamat dan kondusif sebelum pelajar kembali meneruskan sesi persekolahan pascabencana itu.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata aspek keselamatan sangat diutamakan bagi memastikan sesi pembelajaran dapat berlangsung dengan baik.

“Kita mahu sekolah segera dibersihkan dan aspek keselamatan diutamakan kerana anak-anak perlu kembali ke sekolah segera. Jadi kita sedaya upaya nak kembalikan kelas fizikal, tapi kena pastikan bersih dan selamat,“ katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke sekolah-sekolah terjejas banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gunong di sini hari ini.

Mengenai anggaran kerugian, beliau berkata pihaknya masih mengumpul maklumat daripada semua sekolah terlibat.

“Biasanya kita sudah ada unjuran (kerugian) tapi ada setengah sekolah barangkali teruk sedikit daripada yang lain, jadi kita perlu angka sebenar daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) supaya dapat segera atasi isu berkaitan.

“Kita ada peruntukan bencana yang boleh dipohon segera oleh pihak sekolah jika ada kerosakan yang akan melumpuhkan keseluruhan institusi sekolah,“ katanya.

Fadhlina berkata di Kedah terdapat 19 sekolah terjejas banjir, namun kebanyakan sudah kembali beroperasi seperti biasa dan hanya beberapa sekolah yang masih melaksanakan sistem Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR).

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img