the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pasukan penyelamat lakukan pencarian di permukaan tangki pembentungan loji IWK Pantai Dalam

KUALA LUMPUR: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India dilihat melakukan pencarian di permukaan tangki pembetungan Loji Indah Water Konsortium (IWK) Pantai Dalam, di sini petang ini.

Pasukan SAR dilihat menggunakan jaring yang diletakkan pada batang kayu yang panjang ketika melakukan pencarian di tangki kumbahan terbabit.

Tinjauan Bernama mendapati kerja-kerja pencarian di permukaan tangki pembentungan itu bermula pada 4.30 petang oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) sambil dibantu oleh petugas IWK dan berakhir kira-kira satu jam kemudian.

Difahamkan pasukan SAR tidak akan memasuki tangki berkenaan kerana kerja-kerja ‘flushing’ di lokasi kejadian di Jalan Masjid India masih lagi berjalan, di samping risiko terdapatnya gas beracun dan bahan mudah terbakar di dalam tangki itu.

Pengamal media dilihat berkumpul di pintu loji berkenaan bagi mengikuti operasi pencarian mangsa warga India itu.

Hari ini merupakan hari kelima misi mencari pelancong dari Kuppam, Andhra Pardesh dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, yang hilang selepas terjatuh dalam lubang sedalam lapan meter yang terhasil akibat tanah jerlus di Jalan Masjid India.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings