the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, January 19, 2026
27.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

PBAPP siapkan sambungan paip utama tanpa gangguan air 28 Jan

PBAPP akan sambung paip utama RM3.2 juta di Sungai Dua pada 28 Jan tanpa SWSI, elak gangguan bekalan air kepada 26,000 pengguna

GEORGE TOWN: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan melaksanakan kerja penyambungan akhir saluran paip baharu bernilai RM3.2 juta di Sungai Dua, Seberang Perai Utara pada 28 Jan ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk K. Pathmanathan berkata projek Saluran Paip Menyeberangi Sungai Perai Kedua itu akan dilaksanakan tanpa gangguan bekalan air berjadual (SWSI).

Beliau berkata teknologi hot tapping dan line stopping akan digunakan bagi mengelakkan penutupan saluran paip utama bersaiz 900 mm.

“Dengan pelaksanaan ini, kira-kira 26,000 pengguna air di SPU dan Seberang Perai Tengah akan terhindar daripada SWSI yang berpotensi berlangsung antara 24 hingga 48 jam,” katanya.

Anggaran kos PBAPP bagi pelaksanaan teknologi tersebut adalah sebanyak RM800,000.

Pathmanathan berkata kos itu jauh lebih tinggi berbanding kaedah konvensional yang dianggarkan RM80,000.

Namun, pendekatan baharu itu membolehkan 26,000 pengguna air tidak terjejas dengan SWSI.

Sekiranya kerja-kerja sambungan akhir itu berjaya, PBAPP akan mempertimbangkan penggunaan semula teknologi itu bagi projek akan datang.

Meskipun kerja dijangka disiapkan tanpa gangguan, Pathmanathan memohon kerjasama pengguna air di beberapa kawasan untuk menyimpan air bagi kegunaan selama 24 jam.

Langkah berjaga-jaga itu adalah sekiranya berlaku sebarang kejadian di luar jangkaan dari 28 hingga 29 Jan.

Kawasan terlibat termasuk Sungai Dua, Alma, Bukit Mertajam, Bukit Minyak, Machang Bubok, dan beberapa lokasi lain di Seberang Perai.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories