the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 16, 2026
31.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JBPM selesa hantar bekalan makanan ke pos Orang Asli Gua Musang

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Unit Udara JBPM lengkapkan misi hantar 582 bakul makanan lebih 10.8 tan ke lima pos Orang Asli pedalaman Gua Musang selepas laluan darat terputus

GUA MUSANG: Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hari ini menamatkan operasi penghantaran baki bekalan makanan kepada penduduk Orang Asli di pedalaman Gua Musang.

Operasi itu melibatkan penghantaran sebanyak 582 bakul makanan dengan berat keseluruhan melebihi 10.8 tan.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi Bahagian Udara JBPM, Mohd Ruzaidi Ramlee berkata operasi menggunakan sebuah helikopter MI-17-IV milik Unit Udara JBPM dari Pangkalan Udara Wilayah Tengah, Subang.

Kekuatan operasi ialah 22 anggota yang melaksanakan lapan penerbangan ke lima pos pedalaman.

“Sebanyak lima penerbangan semalam menghantar lebih 6.6 tan bekalan ke tujuh kampung di Pos Simpor, Pos Bihai, Pos Belatim dan Pos Gob,” katanya.

Tiga lagi penerbangan hari ini menyalurkan lebih 4.1 tan bekalan ke dua kampung di Pos Balar.

Mohd Ruzaidi menambah keadaan cuaca sepanjang operasi adalah baik.

Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Kelantan dan Terengganu Mohd Faedzyal Mohamed berkata operasi penghantaran bantuan telah bermula sejak 6 Jan lepas.

Penghantaran awal sebanyak 383 beg makanan seberat 6,894 kilogram sebelum ditangguhkan.

Sebanyak 3,824 penduduk Orang Asli di 43 kampung pedalaman sekitar Gua Musang menerima manfaat.

Lebih 17 tan bakul makanan berjaya disalurkan melalui pengangkutan udara sepanjang musim Monsun Timur Laut kali ini.

Pada 9 Januari lepas, operasi penghantaran lebih 17 tan bekalan makanan asas ke kawasan pedalaman terpaksa ditangguhkan susulan cuaca buruk.

Penangguhan itu berlaku selepas laluan darat terputus akibat kerosakan teruk dan keadaan berselut disebabkan Monsun Timur Laut.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Police warn cosplayers on military costumes and replica weapons

'If the costume is accompanied by imitation weapon props, such as rifles, replica pistols or airsoft guns without a valid licence, the individual may be investigated under Section 36 of the Arms Act 1960 (Act 206).'

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings