the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PDRM gerakkan 144 aset, 750 anggota bantu lima negeri terjejas banjir

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia telah menggerakkan 750 anggota dan 144 aset bagi membantu operasi di lima negeri yang terjejas dengan banjir, setakat semalam.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata daripada 144 aset yang digerakkan itu, 47 daripadanya adalah bot, 32 lori, 59 kenderaan pacuan empat roda serta enam ambulans dan van.

Lima negeri berkenaan adalah Terengganu, Kelantan, Johor, Pahang dan Sabah.

“Setakat ini semua aset berkenaan berada dalam keadaan baik, tidak ditenggelami banjir,” katanya pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman di Pusat Latihan Polis (Pulapol), di sini hari ini.

Laporan terkini kejadian bencana di seluruh negara yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan jumlah mangsa banjir di empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Johor dan Pahang tidak banyak berubah pada pagi ini.

Ia menyaksikan penurunan kepada 23,008 orang berbanding 23,011 mangsa tengah malam tadi, yang ditempatkan di 103 pusat pemindahan sementara (PPS).

Sementara itu, banjir di Sabah pulih sepenuhnya dengan kumpulan terakhir enam mangsa daripada tiga keluarga di daerah Paitan telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing semalam. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Norway files formal FIFA complaint over Balogun ban

Norway’s football chief says they will seek board backing to lodge a formal complaint with FIFA’s ethics committee over the suspension of Folarin Balogun’s World Cup ban.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings