the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pecah amanah barang kemas milik majikan, bekas jurujual didakwa

KUALA LUMPUR: Bekas jurujual di sebuah kedai emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah dengan mengambil barang kemas milik majikannya.

Ayu Siti Sofea Kamaruzaman @ Kamarulzaman, 27, didakwa melakukan perbuatan itu dengan mengambil dua hook (cangkuk) emas pada dua utas rantai emas milik majikannya bagi kegunaan tertuduh sendiri, di sebuah kedai emas di Wangsa Maju, di sini pada 15 Okt lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan dengan sebat dan juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abd Razak tidak menawarkan jaminan manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan rendah atas alasan menanggung tiga anak termasuk seorang bayi yang masih menyusu badan.

Hakim Hamidah Mohamed Deril yang menetapkan sebutan kes pada 9 Dis ini membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Powerwell proposes 116.1m bonus warrants to reward shareholders

The power distribution equipment manufacturer is rewarding shareholders with a five-year bonus warrant exercise that could also provide the group with additional working capital upon warrant conversion, without incurring borrowing costs.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings