the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PEDi dikenali sebagai Nadi, mulai 1 Mac – Fahmi

BARCELONA: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) akan dikenali sebagai Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) berkuat kuasa 1 Mac, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata seiring nama baharu berkenaan, peranan kesemua 911 pusat Nadi atau PEDi sebelum ini di seluruh negara, termasuk 186 lagi yang akan diwujudkan sepanjang tahun ini, akan diperluas.

“Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan membuat hebahan, termasuk menghubungi pengurus Nadi seluruh negara, untuk pastikan beberapa aspek penjenamaan dilakukan dengan tertib dan baik.

“Lebih daripada penjenamaan atau menamakan semula PEDi kepada Nadi, ada beberapa aktiviti yang akan direncanakan semula. Contohnya kita akan tingkatkan pemahaman di peringkat komuniti mengenai program dan inisiatif kerajaan seperti AI untuk rakyat, selain menjadikan Nadi, pusat sebaran maklumat mengenai program, aktiviti, bantuan, usaha, serta senarai bantuan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama dan RTM, ketika ditemui selepas meninjau persiapan Pavilion Malaysia di Kongres Dunia Mudah Alih 2024 (MWC2024) di sini, hari ini (Isnin waktu Malaysia) yang turut dihadiri Pengerusi MCMC Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Fahmi berada di Barcelona bagi mengetuai delegasi Malaysia ke MWC2024 dan dijadual menyampaikan ucap tama bagi merasmikan Pavilion Malaysia di kongres itu, yang merupakan perhimpunan tahunan terbesar industri telekomunikasi anjuran badan antarabangsa Groupe Speciale Mobile Association.

Fahmi berkata perencanaan semula PEDi kepada Nadi, termasuk tugas, tanggungjawab, aktiviti serta programnya itu merupakan hasil kaji selidik sepanjang tahun lepas, di mana antara dapatannya menunjukkan komuniti yang mengetahui dan hadir di PEDi sebelum ini, hanya mereka pada lingkungan dua ke tiga kilometer sahaja.

Beliau berkata ia juga selaras dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu PEDi dirangka semula, bagi mengimbangi penambahan elaun diberikan kepada pengurus PEDi seperti diumum 29 Nov lepas.

“Jadi kita ambil hasrat perdana menteri, kita selaraskan berdasarkan hasil kaji selidik sepanjang 2023 untuk kita pastikan manfaat PEDi ini, dapat dirasai bukan hanya komuniti sekitar premis…Pihak MCMC dan kerajaan membelanjakan jumlah yang besar, jadi kita ingin lihat jumlah ini dimanfaatkan bukan hanya satu kampung atau satu taman, tetapi lebih luas,” katanya.

Ke arah tujuan yang sama, beliau berkata bagi meluaskan manfaat Nadi termasuk kepada golongan muda, fungsinya juga akan diteliti untuk turut merangkumi aktiviti dan program di luar premis.

Fahmi berkata pihak kementerian turut sedia membantu antara lain Kementerian Pendidikan, dalam meningkatkan tahap celik digital dalam kalangan rakyat, terutama masalah penipuan dalam talian serta manfaat dan bahaya media sosial.

“Ini kita akan lakukan melalui MCMC, Nadi dan sejumlah platform media sosial dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan program itu akan direncana dan diumum kemudian. Saya lihat ini satu cara untuk kita bawa Nadi dalam komuniti dan merapatkan lagi pusat sebaran maklumat ini dengan komuniti,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Salim berkata MCMC mengambil peluang untuk membawakan Nadi di Pavilion Malaysia, sebagai contoh kepada dunia bagaimana program itu membantu memupuk dan memperkasakan rakyat Malaysia, khususnya di luar bandar, dalam meningkatkan kadar celik digital dan menambah baik status sosioekonomi mereka melalui keusahawanan, terutamanya sebagai usahawan dalam talian.

“Kami mahu mempamerkan Nadi untuk membolehkan orang ramai dalam industri mengetahui fungsinya. Fungsi Nadi iaitu kami menyediakan peluang kepada setiap individu luar bandar, separa luar bandar atau bandar, menjalankan perniagaan mereka dalam talian dan menjangkau ke bahagian lain di dunia. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

PM Anwar urges support for Malaysian Muay Thai title bid

KUALA LUMPUR, July 22 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has called on Malaysians to rally behind national Muay Thai athlete Ahmad Nor Iman Aliff Rakib as he prepares to challenge for the ONE Interim Strawweight Muay Thai World Championship this Friday.In a Facebook post today, Anwar said Ahmad Nor Iman Aliff has the opportunity to make history as the first Malaysian combat sports athlete to qualify for a shot at the world title."Let us all give our full support to Ahmad Nor Iman Aliff Rakib, who will be competing for the ONE Interim Strawweight Muay Thai World Championship this Friday."May you continue to raise Malaysia's name on the world stage and inspire the younger generation to achieve success at the highest level," he said.Ahmad Nor Iman Aliff will face Thai Muay Thai legend Sam-A Gaiyanghadao for the title at Lumpinee Stadium in Bangkok.

2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival Held in Binzhou

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 18, the 2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival was held at the Yellow River Delta Trading Center in Binzhou.

Befar Group Achieves Mass Production of 6N-Grade High-Purity Hydrogen Fluoride

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 19, Shandong's Befar Group achieved a technological breakthrough in four key areas of process, engineering, testing, and filling to bring its high-purity hydrogen fluoride (HF) for semiconductor applications to the 6N grade (99.9999%).

Shopee Launches #MyShopeeJingle Competition with S$10,000 Cash Prize and Opportunity to Create Its Next...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Shopee today launched #MyShopeeJingle, a nationwide competition inviting tertiary students across Singapore to create the next soundtrack for Shopee's iconic 12.12 campaign.

Freshening Leverages Shopee’s Integrated Solutions to Scale Consumer Brand Zappy

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - As more established Singapore businesses adapt to changing consumer shopping habits, Shopee is helping manufacturers strengthen direct relationships with consumers through e-commerce, enabling traditionally B2B businesses to build recognised consumer brands and drive long-term growth.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings