the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 23, 2025
28.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Pegawai tadbir rugi RM12,000 ditipu sindiket pelaburan forex palsu

Seorang pegawai tadbir kerugian RM12,017 selepas diperdaya sindiket pelaburan forex tidak wujud yang diiklankan di Facebook.

KUALA TERENGGANU: Seorang pegawai tadbir kerugian RM12,017 selepas diperdaya sindiket pelaburan mata wang asing atau forex tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata mangsa lelaki berusia 58 tahun itu tertarik dengan tawaran iklan pelaburan di laman Facebook pada 10 Disember lepas.

Mangsa yang berminat telah menghubungi suspek dan diberi penerangan mengenai pelaburan tersebut.

Mangsa membuat pelaburan awal dengan modal RM300 dan dijanjikan pulangan sebanyak RM11,000 dalam tempoh dua jam.

Mangsa turut membuat bayaran kononnya untuk urusan penerimaan keuntungan pelaburan berjumlah RM11,771 dari 11 hingga 15 Disember lepas.

Mangsa yang rasa tertipu selepas tidak menerima wang yang dijanjikan telah membuat laporan polis semalam.

Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Related

spot_img

Latest

KPDN Terengganu rampas barangan bernilai RM2.8 juta tahun ini

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Terengganu merampas barangan bernilai lebih RM2.8 juta dan mengeluarkan kompaun serta denda berjumlah lebih setengah juta ringgit tahun ini.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories