the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pencemaran sungai air batu di Melaka disiasat sepenuhnya

MELAKA: Kerajaan Melaka memberi jaminan siasatan menyeluruh akan dilaksanakan berhubung insiden pencemaran Sungai Air Batu berhampiran Kampung Paya Rumput, Sungai Udang.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Melaka telah diarahkan menjalankan siasatan segera selepas menerima laporan pada Selasa lalu.

Pemeriksaan awal menunjukkan perubahan warna air sungai menjadi hitam, dipercayai berpunca daripada pelepasan efluen oleh sumber yang masih disiasat.

Penduduk setempat mengaitkan kejadian ini dengan Tapak Pelupusan Sampah Sungai Udang, namun tiada pelepasan air larut resapan (leachate) dikesan semasa pemeriksaan.

JAS Melaka akan terus memantau dan mengambil sampel air secara berkala bagi memastikan pematuhan Standard Kualiti Alam Sekitar.

Tapak pelupusan tersebut berada di bawah pemantauan tetap, dan beberapa tindakan penguatkuasaan pernah diambil sebelum ini terhadap pengendalinya.

Kerajaan negeri menegaskan komitmen untuk memastikan keselamatan dan kesihatan penduduk tidak terjejas.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang alam sekitar,“ menurut kenyataan rasmi. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

US and Iran set for talks as Lebanon conflict threatens deal

The first round of negotiations between the United States and Iran since the two sides signed a preliminary agreement to halt their war is due to begin in Switzerland, with the conflict in Lebanon threatening the deal.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings