the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pengambilan khas tidak lama lagi untuk atasi masalah kekurangan guru di Sarawak

KUCHING: Pengambilan khas guru akan dilaksanakan dalam masa terdekat bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga pengajar di sekolah rendah dan menengah di Sarawak, kata Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat negeri Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn.

Beliau berkata pengambilan khas itu dibuka kepada siswazah Sarjana Muda, dan permohonan boleh dibuat melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).

“Calon yang berjaya akan menerima kontrak dua tahun dan mengikuti pengajian Diploma Pendidikan di Institut Pendidikan Guru Malaysia dengan pembiayaan sendiri.

“Selepas memperoleh Diploma Pendidikan, mereka akan ditawarkan mengajar secara tetap, bergantung kepada tapisan akhir oleh SPP,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata calon yang berminat boleh menghantar permohonan melalui MySPP dan keputusan akan diumumkan pada Oktober atau November, dengan penempatan mengajar disasar pada November dan Disember ini.

Mengulas mengenai status terkini kekurangan guru di negeri itu, Sagah berkata menjelang 31 Disember tahun ini, Sarawak dijangka berdepan dengan masalah kekurangan 2,373 guru.

Beliau berkata 30 Pejabat Pendidikan Daerah mempunyai beberapa kekosongan, dengan enam daerah tertinggi terdiri daripada Serian, Daro, Kapit, Subis, Saratok dan Betong, tiap satu mempunyai lebih 100 kekosongan.

“Kekurangan guru paling ketara adalah bagi subjek Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Moral, Prasekolah, Bahasa Melayu dan Pemulihan.

“Melalui pengambilan khas oleh SPP dan penempatan guru oleh Kementerian Pendidikan antara Julai dan November tahun ini, kami menjangka angka ini akan berkurangan kepada 1,130 orang, “ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings