the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penganggur didakwa bunuh pemilik rumah sewa

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini atas pertuduhan membunuh wanita warga emas yang juga pemilik rumah sewanya, dua minggu lepas.

Mohamad Amirul Arshad Zainudin, 22, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Chai Guan Hock.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mohamad Amirul didakwa membunuh Hong Kee Ing, 70, di parkir kereta di Jalan E4/1, Taman Ehsan, Gombak antara 8.30 malam 22 Nov hingga 9.50 malam 23 Nov.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang dari 30 dan maksimum 40 tahun dan tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Nor Hakimi Mohamad Rosedin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 16 Jan depan untuk sebutan semula kes bagi laporan forensik, kimia dan bedah siasat.

Media sebelum ini melaporkan seorang wanita warga emas maut ditikam dan dikelar leher dalam kejadian di Taman Ehsan di sini pada 23 Nov lalu dan kejadian dipercayai berlaku kerana tidak berpuas hati mengenai kadar sewa rumah. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings