the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penganggur didakwa edar pelbagai jenis dadah

JOHOR BAHRU: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas empat pertuduhan mengedar pelbagai jenis dadah.

Er Teng Ping, 39, didakwa mengedar dadah jenis serbuk ekstasi seberat 5.204 kilogram (kg) dan kanabis seberat 489 gram di sebuah rumah di Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri pada 3.20 petang 21 Mac lepas.

Lelaki itu juga dituduh mengedar dadah jenis pil Erimin 5 seberat 36.9 kg dan pil ekstasi seberat 865 gram di dalam sebuah kereta di tempat dan hari sama pada 4.15 petang.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 1980) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup dan minimum 15 sebatan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam juga berdepan dengan dua pertuduhan memiliki dadah jenis ketamin masing-masing seberat 850 gram dan 53 gram di rumah dan kereta yang sama, pada hari dan masa sama.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12 )(3) akta serupa yang membawa hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin menetapkan 15 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan laporan kimia. Kes dikendalikanTimbalan Pendakwa Raya Sharifah Natasha Syed Ahmad. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings