the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pengarah syarikat agensi pelancongan mengaku salah pengubahan wang hampir RM300,000

KOTA TINGGI: Seorang pengarah syarikat agensi pelancongan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM295,550, tiga tahun lepas.

Mohd Nizam Noh, 49, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Norsiah Ujang.

Mahkamah menetapkan 28 Sept ini untuk mendengar fakta kes sebelum menjatuhkan hukuman.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Mohd Nizam didakwa memindahkan RM234,100 daripada akaun bank syarikatnya, Massnizam Group Travel & Tours Sdn Bhd, menerusi dua transaksi yang merupakan hasil daripada aktiviti haram kepada akaun miliknya.

Pertuduhan ketiga pula, Mohd Nizam yang juga pengarah syarikat Tetuan Massnizam didakwa telah memindahkan RM17,450 daripada akaun bank syarikat itu menerusi satu transaksi yang merupakan hasil daripada aktiviti haram kepada akaun bank Massnizam Group Travel & Tours.

Bapa tujuh anak itu turut didakwa bagi pertuduhan keempat iaitu telah memindahkan RM44,000 daripada akaun bank Massnizam Group Travel & Tours menerusi satu transaksi yang merupakan hasil daripada aktiviti haram kepada akaun isteri keduanya, Massuzah Zakaria, 47.

Lelaki itu dituduh melakukan semua perbuatan tersebut di Maybank Islamic Berhad Cawangan Sungai Rengit, Pengerang dan Cawangan Kota Tinggi serta Bank Islam Malaysia Berhad Cawangan Kota Tinggi di sini, antara 17 Mac 2019 hingga 13 Nov 2019.

Pertuduhan mengikut perenggan 4(1)(b)Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) akta sama dibaca bersama subseksyen 87(1)(a) akta sama.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Norazihah Asmuni menawarkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Bagaimanapun, Mohd Nizam yang tidak diwakili peguam merayu agar jumlah jaminan itu dikurangkan dan memaklumkan tidak dapat melantik peguam kerana tidak berkemampuan.

Hakim menetapkan jaminan RM40,000 dengan seorang penjamin serta pasport diserahkan kepada mahkamah. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings