the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 27, 2026
30.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pengarah urusan rugi RM520,000 diperdaya ‘phone scam’

JOHOR BAHRU: Seorang pengarah urusan sebuah syarikat swasta mengalami kerugian RM520,000 selepas terperdaya dengan sindiket phone scam atau penipuan melalui panggilan telefon bulan lepas.

Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata lelaki tempatan berusia 46 tahun itu membuat laporan polis semalam, mendakwa telah menerima panggilan telefon daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai polis dari sebuah kontinjen di utara tanah air.

“Individu itu memaklumkan kepada mangsa kononnya telah menemukan kad mesin juruwang automatik (ATM) atas namanya dalam satu serbuan yang dijalankan serta mendakwa dia terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata panggilan itu kemudiannya disambungkan kepada individu lain mendakwa dirinya ‘Inspektor Lee Kha Seng’ dan menawarkan bantuan dengan cara memindahkan wang milik mangsa ke akaun bank yang diarahkan bagi mengelakkan wangnya disita, sementara siasatan dijalankan.

“Mangsa berasa percaya dengan panggilan tersebut kerana nama dan nombor kad pengenalan yang dibacakan oleh ‘Inspektor Lee’ adalah benar, selain dia turut menerima surat dengan kepala surat mahkamah menyatakan akan mengambil tindakan penyiasatan, penangkapan dan pembekuan aset, melalui aplikasi WhatsApp.

“Mangsa kemudiannya telah mengikut arahan diberikan dengan membuat pindahan wang ke akaun bank seperti diarahkan berjumlah RM520,000,“ katanya.

Bagaimanapun, Kumar berkata mangsa menyedari telah ditipu setelah dia terus didesak untuk melakukan pindahan wang lagi, sebelum membuat laporan polis.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings