the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, January 14, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Dasar baharu penggajian ekspatriat Malaysia bermula Jun 1

Dasar baharu penggajian ekspatriat Malaysia dikuat kuasa 1 Jun, naikkan gaji minimum dan tetapkan tempoh penggajian maksimum.

PUTRAJAYA: Dasar baharu penggajian ekspatriat akan dikuat kuasa pada 1 Jun ini bagi memberi ruang persediaan kepada majikan dan industri.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan Jemaah Menteri telah bersetuju melaksanakan dasar yang melibatkan penstrukturan semula kadar gaji dan penetapan tempoh penggajian ekspatriat.

Dasar ini selaras dengan sasaran Rancangan Malaysia Ke-13 untuk mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing.

BACA: Status visa bukan imuniti warga asing langgar undang-undang – Saifuddin

Ia memberi keutamaan kepada bakat tempatan yang layak bagi mengisi kekosongan jawatan sebelum mempertimbangkan pengambilan ekspatriat.

Dasar baharu ini turut memperkenal tempoh penggajian ekspatriat yang sebelum ini tidak mempunyai had khusus.

“Penetapan tempoh ini bertujuan untuk meraikan ekspatriat yang mempunyai kepakaran tinggi untuk terus menyumbang kepada negara,” menurut KDN.

Ia juga berfungsi sebagai panduan kepada majikan dalam merancang pelan penggantian secara lebih tersusun dengan penglibatan tenaga kerja tempatan.

KDN akan menganjurkan sesi temu rapat dan libat urus bersama semua pemegang taruh bagi menjelaskan mekanisme pelaksanaan serta implikasi dasar.

Ini bagi memastikan transisi dasar ini berjalan secara teratur, telus dan tidak menjejaskan kelangsungan operasi perniagaan.

Seiring dengan prinsip Malaysia MADANI, kerajaan akan memastikan pembaharuan dasar dilaksanakan secara berperingkat.

Perubahan itu berteraskan kepentingan negara demi menjamin pertumbuhan ekonomi mampan serta pembangunan modal insan tempatan.

Di bawah dasar baharu, gaji ekspatriat Pas Penggajian Kategori I dinaikkan daripada RM10,000 dan ke atas kepada RM20,000 dan ke atas.

Gaji ekspatriat Pas Penggajian Kategori II dinaikkan daripada RM5,000 hingga RM9,999 kepada RM10,000 hingga RM19,999.

Gaji ekspatriat Pas Penggajian Kategori III dinaikkan kepada RM5,000 hingga RM9,999.

Pengecualian diberikan bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan (MRS) yang ditetapkan pada RM7,000 hingga RM9,999.

Tempoh penggajian Pas Penggajian Kategori I ditetapkan kepada 10 tahun.

Tempoh penggajian Pas Penggajian Kategori II ditetapkan kepada 10 tahun dengan pelan penggantian.

Tempoh penggajian Pas Penggajian Kategori III ditetapkan kepada 5 tahun dengan pelan penggantian.

Semua ekspatriat yang memegang Pas Penggajian Kategori I, II dan III dibenarkan membawa tanggungan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Flyer King Repositions Its Brand for 2026, Launches New Slogan

Flyer King enters 2026 with a new slogan, signaling its transformation from street-level flyer distribution to a comprehensive marketing partner specializing in brand events, cross-platform promotion, and long-term visibility strategies.

Kryston Catering launches Year of the Golden Horse collection for seamless reunion celebrations

Celebrate the Year of the Golden Horse with Kryston Catering’s 2026 menus, from Deluxe Auspicious Treasure Pots for families to Dynasty Buffets for corporate events, designed for effortless, memorable reunion celebrations.

MCMC seeks meeting with X over Grok suspension in Malaysia

Malaysia's communications regulator contacts X to arrange a meeting next week regarding the temporary suspension of the AI tool Grok for misuse in generating explicit content.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories