the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penggunaan teknologi tinggi bantu kekalkan kelestarian alam – Nik Nazmi

KUALA LUMPUR: Projek pembinaan yang menerapkan teknologi tinggi mampu mengurangkan pelepasan karbon serta penggunaan tenaga dengan penyelenggaraan pada kadar minimum, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.

Nik Nazmi berkata projek perumahan Milla Residence, Quartz di Wangsa Maju yang menggunakan Sistem Tempat Letak Kereta Automatik (ACPS) yakni teknologi yang dapat mengurangkan penggunaan tenaga seterusnya memberi manfaat, khususnya bagi matlamat Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

ACPS yang digunakan pada projek perumahan itu bukan sahaja melibatkan skala besar dalam negara tetapi mungkin antara yang terbesar di dunia dengan lebih 2,000 parkir disediakan.

“Projek perumahan yang kita saksikan pada hari ini ialah satu daripada projek yang menerapkan ACPS untuk menyimpan kenderaan tanpa perlu memandu ke kawasan parkir seperti kebiasaan, ia sebenarnya sudah digunakan di negara kita.

“Teknologi ACPS ini dapat mengurangkan penggunaan tenaga kerana kawasannya tidak terbuka dan tidak perlukan lampu, ciri-ciri lain yang ada iaitu sistem penuaian air hujan termasuk stesen pengecas kenderaan elektrik (EV),” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan pemeteraian perjanjian persefahaman (MoU) antara Beverly Group, Samjung Tech dan Parktech Solutions di sini hari ini.

MoU itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Beverly Group Derick Lim dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Samjung Tech Co Ltd Choi Jong Wan dan Pengarah Urusan Parktech Solutions Sdn Bhd Yow Kai Yong.

MoU itu bertujuan memperkenalkan ACPS tercanggih yang dibangunkan Samjung Tech dari Korea Selatan di Milla Residence.

Sementara itu, Lim berkata komitmen untuk menambah nilai dan mengetengahkan kehidupan yang lestari dengan sistem inovatif boleh mengurangkan pelepasan karbon sebanyak kira-kira 30 peratus, menyumbang ketara kepada masa depan lebih mesra alam.

“Kerjasama kami dengan Samjung Tech menunjukkan bagaimana teknologi canggih boleh menyokong kehidupan yang lebih hijau, meningkatkan kemudahan sambil menyumbang secara aktif kepada matlamat alam sekitar.

“Melalui ACPS dan ciri lestari yang lain, Beverly Group komited terhadap pembangunan bandar mesra alam dengan mengurangkan jejak karbon penyelesaian tempat letak kereta tradisional bermula dengan Milla Residence,” katanya.

Beliau berkata ACPS yang merangkumi 2,358 tempat letak kereta dan 21 lif kereta ialah antara yang terbesar dan paling maju di Asia Tenggara dan dunia.

“Saya percaya kerjasama ini menandakan pencapaian penting dalam menempatkan kami sebagai perintis dalam kehidupan bandar yang lestari kerana kami membawa teknologi tempat letak kereta terkini ke Malaysia,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Kiatisuk Senamuang’s legacy lives On as Asean Hyundai Cup celebrates 30 years

SINGAPORE, June 18: Few figures have left a greater mark on the ASEAN Championship, now known as the ASEAN Hyundai Cup™ 2026, than Thailand legend Kiatisuk Senamuang.Known affectionately as “Zico”, the former striker has played a central role in five of Thailand’s record seven regional titles, first as a player and later as a coach, cementing his place among Southeast Asian football’s all-time greats.Kiatisuk announced himself on the regional stage in the inaugural tournament in 1996 when, at just 23, he scored the decisive goal against Malaysia in the final before celebrating with his trademark backflip.His thunderous strike past Malaysian goalkeeper Khairul Azman Mohamed remains one of the most iconic moments in the competition’s history.Former Thailand team manager Thawatchai Sajakul, who oversaw the side during that maiden triumph, described Kiatisuk as the country’s greatest modern-era footballer.“He is the best player Thailand has produced in the modern era,” said Thawatchai.

US and Iran set for talks as Lebanon conflict threatens deal

The first round of negotiations between the United States and Iran since the two sides signed a preliminary agreement to halt their war is due to begin in Switzerland, with the conflict in Lebanon threatening the deal.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings