the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pengusaha kedai makan didakwa dera anak saudara

CHUKAI: Seorang pengusaha kedai makan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan mendera anak perempuan kepada sepupunya di Binjai, di sini.

Tertuduh, seorang wanita berusia 52 tahun bagaimana pun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd.

Wanita yang mempunyai hubungan pemeliharaan kepada remaja perempuan berusia 15 tahun itu didakwa telah mengabaikan sehingga menyebabkan remaja itu mengalami kecederaan fizikal.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 5.30 petang di sebuah kedai makan di Binjai dekat sini antara bulan Mac hingga 22 Mei lepas, mengikut dibawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah seksyen sama, yang membawa hukuman denda hingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Asyikin Hashim, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 Julai depan untuk sebutan semula kes.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings