the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Peniaga didakwa tawar suapan RM200,000 kepada inspektor polis mengaku tidak bersalah

KANGAR: Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menawarkan suapan berjumlah RM200,000 kepada seorang inspektor polis pada bulan Februari tahun lepas.

Teow Kok Guan, 33, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Norsalha Hamzah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa.

Peniaga itu dituduh secara rasuah menawarkan suatu suapan wang tunai berjumlah RM200,000 kepada Insp Muhamad Taufiq Ibrahim, seorang pegawai badan awam iaitu Pegawai Operasi di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis.

Ia sebagai dorongan supaya melakukan hal ehwal berkaitan prinsipalnya iaitu melepaskan sebuah lori bonded bernombor pendaftaran PNX 3913 yang ditahan atas kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Perbuatan itu dilakukan kem Pasukan Gerak Am (PGA) Batalion 1, Kuala Perlis kira-kira pukul 9 pagi pada 19 Feb 2023 dan dia dituduh mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah seksyen 24(1) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan dia boleh dipenjarakan maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu, sekiranya suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Mahkamah membenarkan Teow diikat jamin RM55,000 dengan seorang penjamin serta memerintahkan dia melaporkan diri di Pejabat SPRM berdekatan setiap bulan.

Mahkamah menetapkan 12 Sept untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Muhammad Akmal Abdul Ghani manakala tertuduh diwakili Peguam Mohd Hakim Hamran.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings