the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 29, 2026
23.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Peniaga didenda RM80,000 buat sambungan haram elektrik untuk lombong bitcoin

Seorang peniaga didenda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu kerana sambungan haram elektrik bagi lombong bitcoin, menyebabkan kerugian RM1.33 juta kepada TNB.

KOTA BHARU: Seorang peniaga didenda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana melakukan penyambungan haram elektrik bagi tujuan melombong bitcoin.

Orang kena saman (OKS) Loo Siong Hong, 43, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan.

Hakim Nik Habri Mohamad berkata beliau bersetuju dengan hujahan pendakwaan bahawa hukuman berat perlu diberikan memandangkan kes melibatkan kerugian sangat besar iaitu RM1.33 juta.

“Ini adalah hukuman saya, denda RM80,000 jika tidak bayar, 12 bulan penjara,” katanya.

Mengikut pertuduhan, OKS didakwa menghalang meter elektrik milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) daripada merekodkan penggunaan elektrik secara sempurna dengan membuat sambungan haram pada terminal keluaran suis fius.

Sambungan haram itu dialirkan ke premis melalui kabel logam dan ditamatkan pada sistem komputer.

Loo yang tidak diwakili peguam dituduh melakukan perbuatan berkenaan di sebuah premis di Jalan Sultan Yahya Petra, Kampung Lundang pada 3 petang, 15 Okt 2024.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Akta Bekalan Elektrik 1990 yang memperuntukkan denda RM20,000 hingga RM1 juta atau penjara maksimum lima tahun.

Pengarah Jabatan Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (ST) Khairul Nizam Mohd Kamal memohon hukuman setimpal memandangkan kes serius dan melibatkan kepentingan awam.

Beliau berkata kesalahan mencuri elektrik bagi tujuan melombong bitcoin merupakan jenayah terancang yang impaknya bukan hanya kepada individu tetapi kepada semua.

“ST sebelum ini sudah melakukan sesi libat urus untuk memberi perkongsian keseriusan jenayah curi elektrik dan impaknya kepada masyarakat,” katanya.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

MM Computer Systems secures Bursa Malaysia approval for ACE Market listing

The approval from Bursa Malaysia marks a significant step forward in MM Computer Systems Bhd’s IPO plans, as the IT solutions provider prepares to expand its business footprint and deepen customer impact.
spot_img

Popular Categories