the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 15, 2026
33.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Modi puji perkembangan warisan India di Malaysia

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

PM India Narendra Modi puji komuniti India Malaysia jaga budaya, sebut 500 sekolah Tamil dan peranan Malaysia India Heritage Society

NEW DELHI: Perdana Menteri India Narendra Modi, memuji perkembangan pesat warisan budaya India di Malaysia serta mengiktiraf peranan penting komuniti India Malaysia dalam memeliharanya.

“Anda pasti terkejut apabila mengetahui yang terdapat lebih 500 sekolah Tamil di Malaysia. Selain mengajar Bahasa Tamil, mata pelajaran lain juga diajar dalam Bahasa Tamil.

“Selain itu, bersama Bahasa Telugu dan Punjabi, terdapat juga keutamaan terhadap bahasa India lain,” kata Modi dalam satu siaran radio, disampaikan dalam Bahasa Hindi, bahasa utama di utara India.

“Pada hari ini, budaya dan perayaan kita meninggalkan kesan di seluruh dunia. Perayaan India disambut dengan penuh semangat dan kegembiraan di setiap pelosok dunia,” katanya dalam episod terbaharu siaran itu sempena sambutan Hari Republik India.

Beliau memuji peranan masyarakat berketurunan India dalam mempromosikan budaya India di luar negara.

“Di mana sahaja mereka berada, mereka terus memelihara dan mempromosikan intipati budaya mereka. Komuniti India kita di Malaysia juga melakukan usaha yang terpuji dalam hal ini,” kata Perdana Menteri India itu.

Dalam episod ke-130 program radio bulanan Modi, Mann Ki Baat, yang bermaksud “bicara dari hati” dan sering menyentuh tema kontemporari serta bersifat popular, Modi turut menonjolkan peranan pertubuhan berpangkalan di Malaysia, Malaysia India Heritage Society, dalam “memperkukuh hubungan sejarah dan budaya” antara kedua-dua negara.

Beliau berkata pertubuhan itu menganjurkan pelbagai aktiviti, termasuk program berkaitan warisan.

“Bulan lalu, acara ikonik ‘Lal Paad Saree Walk’ dianjurkan di Malaysia. Sari ini mempunyai hubungan istimewa dengan budaya Bengal. Acara ini mencatat rekod sebagai jumlah peserta paling ramai mengenakan sari, yang direkodkan dalam  Malaysia Book of Record,” kata Modi.

Perdana Menteri India itu dijangka melawat Malaysia pada awal Februari. Lawatan terakhir beliau ke negara ini adalah pada 2015.

Pada Oktober lepas, beliau turut menyertai Sidang Kemuncak ASEAN dan Sidang Kemuncak Asia Timur yang dipengerusikan oleh Malaysia secara maya.

Malaysia dan India meningkatkan hubungan dua hala kepada tahap perkongsian strategik komprehensif semasa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke New Delhi pada Ogos 2024.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Smilegate LORDNINE Launches Pre-Registration for New Growth-Accelerated Server ‘Helena’ in Celebration of 1st Anniversary…...

Smilegate announced on Tuesday, July 14 that pre-registration has begun for 'Helena', a new growth-accelerated server for the MMORPG 《LORDNINE: Infinite Class》 (developed by NX3 Games), in celebration of the game's 1st anniversary.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings