Friday, October 31, 2025
23.1 C
Malaysia
spot_img

Penjawat awam perlu jujur dan pastikan pendapatan halal – PM

The Sun Webdesk

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan penjawat awam agar menanam tekad dan keazaman dalam diri masing-masing untuk berkhidmat dengan penuh kejujuran serta dedikasi demi masa depan negara.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut mengingatkan penjawat awam agar bekerja bersungguh-sungguh dan memastikan hasil pendapatan mereka diperoleh dengan cara halal.

Beliau berkata penjawat awam juga perlu mengutamakan amanah kepada rakyat dalam setiap tanggungjawab yang digalas.

“Jangan harap orang lain… tetapi diri kita sendiri yang mesti ada tekad daripada pancaran keyakinan hati nurani.”

“Kalau mahu pendapatan halal, kita kena kerja sebaik mungkin dan berkhidmatlah dengan sebaiknya,“ katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Hong Kong Design Centre Announces DFA Hong Kong Young Design Talent Award 2025 Winners

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 31 October 2025 - Hong Kong Design Centre (HKDC) proudly marks the 20th milestone of the DFA Hong Kong Young Design Talent Award (DFA HKYDTA) with the announcement of its 2025 awardees. Selected by a professional panel of judges, this year's 17 talented young designers from Hong Kong have been recognised for their outstanding creativity and innovative contributions.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img