the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, January 24, 2026
23.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Penunggang motosikal maut langgar tapir di LPT2 dekat Chukai

Seorang penunggang motosikal maut selepas merempuh seekor tapir di LPT2 dekat Chukai dan dipercayai digilis kenderaan lain

CHUKAI: Seorang penunggang motosikal maut selepas merempuh seekor tapir di Kilometer 320.5 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), selepas susur keluar Kerteh.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Razi Rosli berkata kejadian berlaku pada 1 pagi tadi.

Mangsa, Iffil Nazwa Azman, 24, yang bekerja sebagai pekerja kontrak, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata mangsa menunggang motosikal Yamaha Y15 dari Kerteh dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Pinang Baru.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, seekor tapir seberat 200 kilogram yang dipercayai keluar dari hutan berhampiran tiba-tiba melintas di lebuh raya tersebut,” katanya.

Mangsa dikatakan gagal mengelak sebelum merempuh tapir itu dan tercampak di atas lebuh raya.

Mohd Razi berkata mangsa kemudian dipercayai digilis sebuah kenderaan yang belum dikenal pasti.

Kejadian itu mengakibatkan kecederaan parah di kepala dan badan mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bangkai tapir berkenaan telah diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan lanjut.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories