the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penuntut IPT benar akaun bank diguna sindiket penipuan berdepan tindakan undang-undang

KULIM: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata penuntut institusi pengajian tinggi yang membenarkan akaun bank mereka digunakan oleh sindiket penipuan berdepan tindakan undang-undang.

Beliau berkata berdasarkan pindaan Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang diluluskan baru-baru ini, tindakan boleh diambil terhadap pemilik jika membenarkan akaun dan instrumen pembayaran mereka digunakan oleh sindiket.

“Ada kes yang kami siasat melibatkan pelajar universiti yang membenarkan akaun bank mereka dan instrumen pembayaran serta kad bank digunakan oleh sindiket penipuan,“ katanya.

Saifuddin Nasution berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Sua Mesra bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Dewan Koperasi Mukim Sidam Kanan, Kampung Guar Lobak, Padang Serai dekat sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata berdasarkan aduan, terdapat peningkatan kes penipuan dalam talian dan pihaknya akan memperluas hebahan serta kempen kesedaran kepada rakyat agar tidak menjadi mangsa.

“Saya tidak perlu ada sindrom penafian mengenai hal itu… trend memang meningkat berdasarkan aduan yang diterima… sebab itu, langkah yang dibuat satu daripadanya ialah menerusi pindaan Kanun Keseksaan,“ katanya.

Saifuddin Nasution berkata pindaan terhadap Kanun Tatacara Jenayah pula membolehkan seorang polis berpangkat sarjan yang menerima aduan mengenai jenayah penipuan dalam talian membabitkan akaun bank boleh bertindak membekukannya.

Sementara itu, beliau berkata Program Sua Mesra bersama KDN adalah cetusan idea Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memudah dan mempercepat rakyat mendapatkan perkhidmatan kerajaan.

Antara aktiviti program itu ialah pemberian diskaun 50 peratus bagi saman yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia, Jom Exchange al-Quran, Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang, gimik Pelepasan Kembara Jiwa Merdeka dan Pameran KDN serta agensi di bawahnya.

Saifuddin Nasution turut melancarkan SKUAD Antidadah Cawangan Padang Serai iaitu yang pertama ditubuhkan mengikut kawasan Parlimen di seluruh negara sebagai usaha menambah baik entiti pengurusan badan sukarelawan itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings