the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penyasaran subsidi: Kerajaan terus pertahan kepentingan 85 peratus rakyat – PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan akan terus mempertahankan kepentingan 85 peratus rakyat dalam pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 yang dicadangkan pada pertengahan tahun depan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata hanya golongan T15 serta warga asing akan dikenakan harga pasaran tanpa subsidi yang dilihat sebagai satu langkah wajar.

“Yang penting di sini adalah bahawa subsidi tidak membebankan 85 peratus rakyat, jadi sepatutnya kita janganlah jadi jaguh T15 seperti yang disuarakan banyak (pihak) dan macam-macam (oleh) pembangkang.

“…wajar kita kenakan bayaran semasa ikut (harga) pasaran kepada golongan mahakaya dan teratas, itu pun tak boleh?” kata beliau pada sesi Waktu-Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) mengenai definisi T15 dalam soal subsidi bersasar untuk petroleum RON95.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Norway files formal FIFA complaint over Balogun ban

Norway’s football chief says they will seek board backing to lodge a formal complaint with FIFA’s ethics committee over the suspension of Folarin Balogun’s World Cup ban.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings