the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Persediaan pelaksanaan PLKN 3.0 pada tahap terbaik – Mohamed Khaled

KUALA LUMPUR: Persediaan kerajaan dalam melaksanakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang bermula hari ini adalah pada tahap terbaik, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata persediaan termasuk dari segi penginapan, kesihatan dan makanan yang disediakan kepada pelatih itu adalah bagi memastikan program berkenaan berjalan lancar.

“Program hari ini adalah program perintis dan akan ada lagi dua siri latihan PLKN pada tahun ini dan kita akan meneliti perjalanan kesemua siri latihan ini dan akan melakukan penambahbaikan jika terdapat sebarang kekurangan,“ katanya kepada pemberita selepas sesi perjumpaan bersama pelatih PLKN 3.0 Siri 1/2025 di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah di sini malam ini.

Pagi tadi seramai 120 pelatih sukarela dari seluruh negara melapor diri di kem berkenaan bagi mengikuti PLKN 3.0 yang bermula secara rasmi hari ini selepas tujuh tahun dimansuhkan.

Pelaksanaan semula program itu yang dijalankan secara berperingkat bertujuan memupuk semangat patriotisme, perpaduan nasional dan jati diri dalam kalangan golongan muda di Malaysia selain melengkapkan mereka dengan ketahanan menghadapi cabaran hidup menerusi pengalaman latihan fizikal dan mental.

Sementara itu, Mohamed Khaled mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang hadir secara sukarela bagi menjalani program berkenaan.

Beliau berkata selain menanam semangat patriotisme, PLKN 3.0 juga berperanan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan peserta.

“Negara kita merupakan sebuah negara majmuk, kekuatan negara hanya boleh datang sekiranya (rakyatnya) sama-sama mempunyai semangat hormat-menghormati, toleransi menerima antara satu sama lain, seperti apa yang Perdana Menteri kata bukan saja soal kenal tetapi sayang dan cinta antara satu kaum dengan kaum yang lain, maka hanya dengan demikian baru negara kita kuat,“ katanya dalam ucapan.

Beliau kemudian turut meninjau dewan makan dan penginapan peserta.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings