the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
26.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Peruntukan awal RM30 juta baiki jalan rosak, cerun runtuh akibat banjir di Johor

KLUANG: Peruntukan awal sebanyak RM30 juta diperlukan bagi membaiki jalan rosak dan cerun runtuh akibat banjir di Johor, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata ia melibatkan kerosakan di 29 jalan dan lapan cerun runtuh.

Tiga daerah yang paling terjejas katanya ialah Kluang, Mersing dan Kota Tinggi dan kerja-kerja pembaikan telah bermula awal minggu ini.

“Antara kerja awalan yang dilakukan sebagai contoh menutup cerun yang runtuh dengan kanvas serta kerja lain yang akan dilaksanakan seberapa segera apabila hujan reda,“ katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan terhadap jalan rosak akibat banjir di Seksyen 71-74, FT050, Jalan Kluang-Mersing, di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri Mohamad Fazli Mohamad Salleh, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor Abu Bakar Abd Aziz dan Jurutera Daerah JKR Kluang Ir Mohd Zaharudin Ayep. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Fahmi seeks bipartisan support for AG-PP separation bill

The government hopes to secure two-thirds majority backing from MPs, including the opposition, for the Constitutional (Amendment) Bill 2026 on separating the roles of the Attorney-General and Public Prosecutor.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings