the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Peruntukan pendidikan Parlimen Hang Tuah Jaya dijangka capai RM1 juta

Peruntukan pembangunan pendidikan di Parlimen Hang Tuah Jaya dijangka meningkat kepada RM1 juta tahun ini, merangkumi bantuan persekolahan dan naik taraf fasiliti

MELAKA: Agenda memperkasa pembangunan pendidikan dalam kawasan Parlimen Hang Tuah Jaya dijangka meningkat kepada RM1 juta pada tahun ini.

Peruntukan itu meningkat berbanding lebih RM600,000 yang diperuntukkan pada tahun lepas.

Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya Adam Adli Abd Halim berkata dana itu merangkumi pelbagai bentuk bantuan persekolahan seperti pakaian sekolah, peralatan persekolahan dan biasiswa.

Dana tersebut juga akan digunakan untuk menaik taraf fasiliti dan kemudahan asas di sekolah.

“Pada tahun ini, kita akan meneruskan agenda memperkasa pembangunan pendidikan di sekolah-sekolah Parlimen Hang Tuah Jaya, termasuk menyelesaikan isu kekurangan fasiliti atau infrastruktur asas di bilik darjah seperti kekurangan kerusi,” katanya.

Beliau berkata terdapat 23 sekolah rendah dan 11 sekolah menengah dalam kawasan Parlimen itu yang mempunyai keperluan berbeza.

Usaha ini bertujuan meningkatkan kualiti pendidikan dan sistem penyampaian untuk melahirkan pelajar cemerlang.

Adam Adli berkata usaha itu bukan sahaja untuk meningkatkan kualiti infrastruktur asas di sekolah.

Ia juga bagi memastikan keselesaan dan keselamatan murid ketika menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan 100 kerusi bagi kegunaan murid Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Kampung Tun Razak 2.

Sumbangan kerusi itu diharap dapat dimanfaatkan oleh murid SRA JAIM Kampung Tun Razak 2 yang terpaksa berkongsi kemudahan asas dengan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tun Razak.

SRA JAIM Kampung Tun Razak 2 mempunyai 452 murid dan menumpang bangunan SK Kampung Tun Razak serta menggunakan infrastruktur seperti kerusi dan meja sekolah tersebut.

“Keadaan ini menjadi kekangan kepada murid dan guru SRA JAIM Kampung Tun Razak 2 yang menggunakan enam bilik darjah bagi dua sesi persekolahan,” katanya.

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hang Tuah turut bekerjasama dengan pihak swasta, korporat dan yayasan yang menyalurkan bantuan serta sumbangan.

Kerjasama ini membantu lebih banyak program atau inisiatif dilaksanakan kepada sekolah dan murid yang memerlukan.

“Usaha ini turut dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), pentadbir sekolah, pejabat pendidikan daerah dan JAIM,” katanya. 

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings