the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Peruntukan RM303 juta untuk kukuh fasiliti TDM di Sarawak

KUCHING: Kementerian Pertahanan memperuntukkan RM303 juta untuk memperkukuhkan fasiliti Tentera Darat Malaysia (TDM) di Sarawak, kata Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Mohamed Khaled berkata peruntukan itu antara lain akan digunakan untuk projek pembinaan kem TDM.

“Jumlah itu (RM303 juta) tidak termasuk peruntukan perolehan peralatan untuk TDM di Sarawak yang bernilai RM70 juta,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Kem Penrissen di sini hari ini.

Beliau berkata Kementerian Pertahanan juga sedang membina beberapa pos kawalan di sempadan Sarawak-Kalimantan.

“Sekarang ini kita dah ada 17 pos sempadan di Sarawak. Kita sedang bina beberapa pos baharu dan setelah siap nanti Sarawak bakal ada 23 pos kawalan,” katanya.

Beliau berkata kementeriannya serta kerajaan Sarawak juga telah bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerja bagi memastikan semua projek Kementerian Pertahanan di negeri itu berjalan lancar.

“Ini adalah komitmen kita bagi memperkasakan pertahanan di Sarawak, jawatankuasa ini diharap dapat mengatasi sebarang cabaran berkaitan pembinaan projek pertahanan di negeri ini,” katanya.

Sementara itu, mengenai pembinaan Markas Wilayah Laut 4 (MAWILLA 4) di Bintulu, Mohamed Khaled berkata projek itu masih di peringkat penyelesaian isu tanah.

“Peruntukan tahun ini untuk pembayaran duit premium (tanah) MAWILLA 4 sudah ada. Selepas selesai soal pembelian tanah nanti kita akan kemukakan kepada kerajaan Persekutuan bagi pembinaan dan kosnya juga akan ditentukan kemudian,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings