the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Peruntukan segera RM1.5 juta baiki Jalan Kuantan-Chukai yang rosak

KUANTAN: Kelulusan segera peruntukan RM1.5 juta diberikan bagi kerja pembaikan Jalan Kuantan – Chukai (FT03), Seksyen 358.0-359.0 di sini yang rosak akibat kerap berlaku banjir dan dilalui kenderaan berat lebih muatan.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata cadangan pembaikan ialah menerusi kaedah Partial Reconstruction (CIPR) iaitu kerja meninggikan jalan dan menguatkan struktur turapan jalan baharu, yang dilihat dapat mengelakkan kerosakan akibat banjir.

Selain itu, peruntukan RM71,000 telah dimohon untuk membuat tampalan pada sendi renggang yang rosak di Seksyen 361.9 Jalan Kuantan – Chukai (FT03) iaitu Jambatan Sungai Ular di sini, sebagai tindakan pembaikan jangka masa pendek, dengan permohonan untuk menaik taraf jambatan itu telah dikemukakan Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang.

“Penyelenggaraan jalan raya sentiasa diberikan keutamaan dan menjadi agenda utama dalam inisiatif kempen MYJalan yang merangkumi usaha mengatasi pelbagai isu utama jalan raya seperti jalan rosak, masalah lampu jalan, perabot jalan dan sebagainya.

“Kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana termasuk banjir juga sentiasa menjadi keutamaan JKR, terutamanya dalam berhadapan dengan Monsun Timur Laut,“ katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Nanta melawat beberapa lokasi di sekitar Kuantan semalam, yang turut melibatkan taklimat persediaan menghadapi situasi Monsun Timur Laut oleh Pengarah JKR Pahang Datuk Hafizah Zakaria.

Taklimat itu, antara lain memperincikan kesiapsiagaan JKR Pahang menyediakan keperluan logistik dan pengangkutan bagi tujuan baik pulih dan membersihkan lokasi banjir, menyelaras laporan berkaitan bencana dan penyaluran maklumat berkenaan laluan alternatif semasa banjir. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival Held in Binzhou

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 18, the 2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival was held at the Yellow River Delta Trading Center in Binzhou.

Befar Group Achieves Mass Production of 6N-Grade High-Purity Hydrogen Fluoride

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 19, Shandong's Befar Group achieved a technological breakthrough in four key areas of process, engineering, testing, and filling to bring its high-purity hydrogen fluoride (HF) for semiconductor applications to the 6N grade (99.9999%).

Shopee Launches #MyShopeeJingle Competition with S$10,000 Cash Prize and Opportunity to Create Its Next...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Shopee today launched #MyShopeeJingle, a nationwide competition inviting tertiary students across Singapore to create the next soundtrack for Shopee's iconic 12.12 campaign.

Freshening Leverages Shopee’s Integrated Solutions to Scale Consumer Brand Zappy

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - As more established Singapore businesses adapt to changing consumer shopping habits, Shopee is helping manufacturers strengthen direct relationships with consumers through e-commerce, enabling traditionally B2B businesses to build recognised consumer brands and drive long-term growth.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings