the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
27 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pesilat SUKMA meninggal, KBS tunggu laporan penuh Pesaka – Adam Adli

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang menunggu laporan penuh daripada Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) mengenai insiden menyebabkan Pesilat Terengganu Wan Muhammad Haikal Wan Hussin meninggal dunia, pada pertandingan prapemilihan Sukan Malaysia (SUKMA) di Sikamat, Negeri Sembilan, Sabtu lepas.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim berkata laporan daripada Pesaka itu penting untuk mengetahui sama ada penganjur patuh kepada prosedur operasi standard pertandingan atau sebaliknya.

“Saya ucap takziah kepada keluarga atas kehilangan atlet tersebut. Kita perlu hormati perasaan keluarga dan usah menuduh sesiapa.

“Diharapkan agar sukan jadi ruang yang terus kita pelihara dan pastikan selamat dari sudut apa sekalipun,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Atlet Program Podium Fasa 1 di sini, hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Bibi Aishah Golbal Shah berkata dalam kejadian pada kira-kira 5 petang Sabtu, Wan Muhammad Haikal jatuh di atas gelanggang ketika pertandingan berlangsung di Dewan Komuniti Taman Coral Heights, Sikamat.

Atlet berusia 20 tahun itu kemudian dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar untuk rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia pada 1.20 pagi Ahad dan jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alor Selising, Jertih, Terengganu, kira-kira 10 malam semalam.

Susulan kejadian tersebut, Pesaka membatalkan semua kejohanan melibatkan atlet daripada 12 negeri itu bagi menghormati pemergian Allahyarham. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Author born from notebook scribblings on Sydney trip

Already ‘wired for brilliant stories’ at age 14, self-described mega-introvert discovers driving force for calling in handwritten travel jottings from 21 years ago

Successful debut of International Symposium on Emergency Response and Aeromedical Services in Hong Kong

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 20 June 2026 – Hong Kong's Government Flying Service (GFS) held its inaugural three-day International Symposium on Emergency Response and Aeromedical Services (ISERAS) (June 16-18), bringing together more than 230 policymakers, experts and academics, and industry representatives from over 70 institutions and accredited organisations.

Swire Coca-Cola HK Refreshes the 2026 Sun Life Hong Kong International Dragon Boat Festival...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 20 June 2026 - Bringing a refreshing wave to a beloved cultural tradition, Swire Coca-Cola HK has become the Official Beverage Sponsor for the "2026 Sun Life Hong Kong International Dragon Boat Races", organised by the Hong Kong Tourism Board. Running from 19 June to 1 July, the brand is set to energise athletes, locals, and tourists alike with thirst-quenching beverages and an eye-catching festive photo spot.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings