the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
29.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PGA perkukuh kawalan sempadan Malaysia-Thailand selepas insiden tembakan

Briged Tenggara PGA tingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand selepas insiden tembakan di Sungai Golok libatkan rakyat Malaysia.

TUMPAT: Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) mempertingatkan kawalan keselamatan dan pemeriksaan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden tembakan terbaharu di Sungai Golok, Narathiwat, Thailand yang mengorbankan seorang lelaki rakyat Malaysia.

Pemangku Komander Briged Tenggara PGA ACP Ijid Landu Binju berkata walaupun pihaknya telah mempertingkatkan langkah kawalan sempadan, mereka sentiasa berwaspada dan tidak hanya bertindak berdasarkan insiden terpencil.

“Tidak kira apa jua kejadian yang berlaku di sebelah Thailand, kami di sebelah Malaysia sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga.

“Saya telah mengarahkan pegawai dan anggota yang ditempatkan di sepanjang sempadan agar terus berada dalam keadaan siap siaga,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Markas Kompeni Taktikal (Martek) di Pengkalan Kubor hari ini.

Beliau berkata sekatan jalan raya dan rondaan turut dipertingkat sebagai langkah berjaga-jaga dalam mengekalkan keselamatan sempadan.

Terdahulu, Bernama melaporkan seorang lelaki rakyat Malaysia maut ditembak dalam kejadian di sebuah rumah di pekan Sungai Golok, Narathiwat, malam tadi.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian berkenaan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Anwar says leadership must be earned through results

Anwar said Aminuddin has earned the coalition’s continued backing because of his performance in leading the state administration, his commitment to the people and ability to attract investments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings