the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Piliihan tempoh bertenang lebih lama perlu diwujudkan untuk tangani jenayah siber

KUALA LUMPUR: Peningkatan jumlah ancaman siber yang canggih susulan penggunaan perisian maju seperti deepfake dalam kalangan scammer memerlukan langkah perlindungan yang dipertingkat bagi melindungi transaksi awam.

Ahli Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Derek John Fernandez berkata kerajaan boleh memberi peluang untuk perlindungan dengan menawarkan pilihan tempoh bertenang lebih lama kepada mereka yang melakukan transaksi kali pertama ke akaun tidak diketahui bagi jumlah tertentu.

Beliau berkata peraturan mudah seperti pengapungan selama 48 jam akan membolehkan mangsa yang mengesyaki wujud penipuan mempunyai masa mencukupi untuk menghentikan transaksi.

“Jika kita tidak mempunyai tempoh penimbal, wang itu akan dipindahkan ke akaun keldai dan orang ramai akan ditipu secara automatik.

“Saya percaya orang ramai harus diberi ruang untuk bernafas, sudah tentu lebih daripada 12 jam untuk memindahkan wang ke akaun lain yang melebihi jumlah minimum,” katanya kepada pemberita pada Sidang Kemuncak Tahunan Pemimpin-Pemimpin Antipenipuan ke-2 yang berlangsung di sini hari ini.

Fernandez berkata kaedah mudah namun berkesan diperlukan untuk melindungi orang ramai daripada penipuan canggih yang juga mampu memangsakan individu dengan pengetahuan mengenai penipuan dalam talian.

Beliau turut mengakui kesemua kaedah ini mungkin tidak mampu menghapuskan semua risiko namun berpotensi melindungi sebahagian besar daripada traksaksi yang dilakukan.

Fernandez juga berkata integrasi keselamatan siber adalah komponen asas infrastruktur dan bukan hanya perbelanjaan operasi semata-mata.

“Tidak semua orang faham mengenai isu keselamatan. Keselamatan siber perlu dilihat sebagai perbelanjaan modal dan sebahagian daripada infrastruktur,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya, Fernandez turut menekankan peranan syarikat insurans dalam melindungi transaksi awam.

Beliau berkata agensi atau syarikat insurans boleh mengambil bahagian untuk memberikan perlindungan tambahan kepada orang ramai bagi setiap transaksi yang dilakukan dengan memastikan pampasan diberikan jika berlaku kesilapan.

“Mengapa syarikat insurans tidak menginsuranskan transaksi digital? Melalui setiap transaksi, jumlah yang kecil dimasukkan ke dalam akaun pusat yang ditadbir oleh bank negara dan jika apa-apa berlaku, pampasan akan diberikan kepada mangsa dalam kes yang sesuai.

“Ramai orang boleh dilindungi dengan cara begini,“ katanya.

Persidangan itu, yang berlangsung dua hari dari 3 hingga 4 Julai, disertai oleh lebih 46 pakar daripada pelbagai latar belakang seperti kewangan, perakaunan, pengurusan, keselamatan digital dan keselamatan siber.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings