the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Platform media sosial perlu letak tanda ‘notis AI’ dalam setiap kandungan AI dimuat naik – Fahmi

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mahukan platform media sosial supaya meletakkan notis ‘Kecerdasan Buatan (AI)’ dalam setiap kandungan AI yang dimuat naik di platform masing-masing bagi mengelak berlaku insiden tidak diingini.

Beliau berkata semua platform media sosial wajib bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku di platform mereka.

“Sekiranya sesuatu bahan itu telah dihasilkan melalui Generatif AI, seharusnya platform-platform ini meletakkan tanda dengan notis ‘Generated by Artificial Intelligence’.

“Di situ para pengguna media sosial akan tahu itu adalah AI, dan inilah antara sebabnya kenapa akhirnya nanti kita akan melesenkan semua platform media sosial, kerana kita hendak mereka bertanggungjawab bila ada insiden-insiden seperti ini,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas insiden pempengaruh media sosial terkenal Khairul Aming yang menjadi mangsa video palsu menggunakan teknologi Deep Fake.

Beliau berkata Kementerian Komunikasi berhasrat mengelak insiden ini daripada terus berulang kerana ketika ini platform media sosial dilihat seolah-olah ‘lepas tangan’.

Sementara itu Fahmi berkata beliau tidak pernah mengeluarkan arahan kepada Google untuk menyahaktifkan ciri graf pertukaran nilai matawang ringgit seperti yang didakwa oleh seorang pengguna di platform X.

“Saya tidak pernah mengarahkan Google menurunkan apa yang disebutkan sebagai Foreign Exchange Tool atau Widget bila kita buat carian di Google. Dalam Google itu sendiri kita boleh dapatkan maklumat pertukaran wang asing.

“Namun kita perlu ingat pada bulan Mac lepas berlaku satu insiden mengenai percanggahan maklumat daripada pemberi data kepada Google, yang berbeza dengan apa yang dirakam di Bank Negara,” katanya.

Mengulas lanjut Fahmi berkata pihak Google telah memaklumkan bahawa sejak bulan Mac hingga hari ini ada beberapa perkara yang mereka sedang teliti dengan pemberi data, dan mereka memaklumkan belum lagi berpuas hati dengan tahap ataupun keyakinan yang mereka ada.

“Jadi kita serahkan dahulu kepada pihak Google,” katanya.

Baru-baru ini tular di platform X kenyataan seorang pengguna mendakwa Fahmi telah memberi arahan kepada google untuk menurunkan Widget tersebut, yang mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna laman berkenaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings