the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM Anwar ke Korea Selatan hadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Gyeongju untuk Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC 2025 bagi perkukuh kerjasama ekonomi serantau.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Korea Selatan pada Khamis untuk menghadiri Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi Mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

“Misi Diplomasi MADANI diteruskan ke Gyeongju, Republik Korea, bagi menyertai Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC,” katanya menerusi hantaran di laman media sosial beliau hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata sidang ini menjadi medan penting untuk memperkukuh jaringan kerjasama ekonomi serantau, memperluas perdagangan yang adil, serta memperkasa agenda kemampanan dan kesejahteraan sejagat.

“Mohon doa dan dukungan agar perjalanan serta urusan delegasi Malaysia dipermudah, Insya-Allah,” kata beliau.

Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC 2025 diadakan di bandar pesisir pantai Gyeongju di tenggara Korea Selatan. Ini merupakan kali kedua Korea Selatan menjadi tuan rumah mesyuarat APEC selepas kali pertama pada tahun 2005.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, yang sudahpun berada di Gyeongju mewakili Malaysia pada mesyuarat peringkat Menteri.

Tema APEC 2025 ialah “Membina Esok yang Mampan” dengan Korea Selatan memberi tumpuan kepada kemajuan perdagangan serantau, kecerdasan buatan (AI) dan kemampanan, termasuk mesyuarat peringkat menteri yang akan membincangkan topik seperti kesihatan, ekonomi digital serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah APEC adalah pada 2020 yang julung kalinya diadakan dalam format maya susulan penularan pandemik COVID-19. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

A Pandastic Summer Birthday Celebration at Ocean Park Chance to win the all-new MAXUS...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Ocean Park is set to ignite a summer of joy with the Pandastic Summer Birthday Celebration for its entire family of six beloved giant pandas, running from now until 31 August 2026.

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings