the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM Anwar: Pertahan perpaduan, tolak politik perkauman

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia agar mempertahankan semangat perpaduan dan menolak politik berasaskan kaum yang hanya akan memecahbelahkan masyarakat majmuk di negara ini.

Perdana Menteri berkata kemajuan dan kejayaan Malaysia dalam bidang ekonomi, sosial serta budaya tidak akan tercapai tanpa keamanan, kestabilan dan keseimbangan antara kaum serta agama.

“Segala kemajuan dan kejayaan relatif yang kita kecapi dalam aspek ekonomi, sosial, budaya tidak akan dapat dicapai tanpa keseimbangan, tanpa keamanan dan kestabilan.

“Ini unik di Malaysia kerana tidak banyak negara yang mempunyai berbilang kaum dan agama untuk mengekalkan semangat itu,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali MADANI 2025 bertemakan “Cahaya MADANI, Sinar Perpaduan” di pekarangan KL Sentral, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan Menteri Digital Gobind Singh Deo, bersama barisan Jemaah Menteri yang lain.

Anwar juga mahu supaya rakyat Malaysia memainkan peranan masing-masing dan menilai setiap isu terutama yang menyentuh sensitiviti kaum dengan bijak dan rasional.

“Dalam negara berbilang kaum, nak kemudi bukan mudah. Cakap sedikit tentang Bumiputera, Cina kata apa; sebut projek India, Melayu pula kata kita ditinggalkan. Rakyat Malaysia ini harus lebih pintar, lebih cerdas, lebih terdedah dengan maklumat,“ kata beliau.

Beliau berkata kerajaan tidak membezakan kaum dalam pelaksanaan inisiatif bantuan rakyat seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), sebaliknya menyalurkannya kepada semua yang layak.

“Kita belanja bilion ringgit untuk selesaikan masalah miskin tegar. Di Kelantan majoriti Melayu, di Sentul dan Klang majoriti India. Apa kita kira ikut kaum? Tidak. Siapa masuk kategori miskin tegar, kita wajib bantu,“ kata beliau.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan turut memperuntukkan dana khusus kepada masyarakat India termasuk RM50 juta bagi Amanah Ikhtiar Malaysia dan RM50 juta untuk Tekun Nasional, selain RM1.6 bilion melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) dan RM600 juta bagi pembiayaan perniagaan masyarakat India.

Anwar turut menyentuh mengenai pendidikan khususnya peluang pelajar cemerlang bukan bumiputera menyambung pengajian di universiti awam.

“Tahun ini kita tambah 1,500 tempat baharu di universiti bagi pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dalam bidang perakaunan, kejuruteraan, perubatan, digital dan bahasa.

“Tujuannya untuk memberi peluang sama rata kepada semua,“ katanya sambil menegaskan kerajaan Perpaduan sentiasa terbuka menambah baik dasar agar lebih inklusif dan adil untuk semua kaum.

Sementara itu, Perdana Menteri turut mengingatkan bahawa sambutan Deepavali membawa erti yang lebih besar iaitu perjuangan menolak kegelapan rasuah dan penindasan, serta menegakkan kebenaran dan keadilan.

“Ini Deepavali, tiap-tiap tahun ia bagi cahaya. Tapi kalau terus gelap, mana boleh macam tu. Cahaya ini kebenaran, cahaya ini keadilan, cahaya ini kebaikan… menolak kegelapan, menolak rasuah, menolak penindasan. Ini erti sambutan Deepavali,“ katanya.

Majlis Rumah Terbuka Deepavali MADANI 2025 anjuran Kementerian Digital dengan sokongan Kementerian Perpaduan Negara itu menghimpunkan lebih 5,000 pengunjung terdiri daripada warga kementerian, rakan industri, komuniti setempat serta masyarakat pelbagai kaum dan agama.

Majlis berkenaan turut menampilkan elemen budaya masyarakat India menerusi hidangan tradisional seperti tose, vadai, ladu dan muruku, selain persembahan seni serta tarian kebudayaan yang dikongsi semua lapisan masyarakat. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

PM Anwar urges support for Malaysian Muay Thai title bid

KUALA LUMPUR, July 22 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has called on Malaysians to rally behind national Muay Thai athlete Ahmad Nor Iman Aliff Rakib as he prepares to challenge for the ONE Interim Strawweight Muay Thai World Championship this Friday.In a Facebook post today, Anwar said Ahmad Nor Iman Aliff has the opportunity to make history as the first Malaysian combat sports athlete to qualify for a shot at the world title."Let us all give our full support to Ahmad Nor Iman Aliff Rakib, who will be competing for the ONE Interim Strawweight Muay Thai World Championship this Friday."May you continue to raise Malaysia's name on the world stage and inspire the younger generation to achieve success at the highest level," he said.Ahmad Nor Iman Aliff will face Thai Muay Thai legend Sam-A Gaiyanghadao for the title at Lumpinee Stadium in Bangkok.

2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival Held in Binzhou

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 18, the 2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival was held at the Yellow River Delta Trading Center in Binzhou.

Befar Group Achieves Mass Production of 6N-Grade High-Purity Hydrogen Fluoride

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 19, Shandong's Befar Group achieved a technological breakthrough in four key areas of process, engineering, testing, and filling to bring its high-purity hydrogen fluoride (HF) for semiconductor applications to the 6N grade (99.9999%).

Shopee Launches #MyShopeeJingle Competition with S$10,000 Cash Prize and Opportunity to Create Its Next...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Shopee today launched #MyShopeeJingle, a nationwide competition inviting tertiary students across Singapore to create the next soundtrack for Shopee's iconic 12.12 campaign.

Freshening Leverages Shopee’s Integrated Solutions to Scale Consumer Brand Zappy

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - As more established Singapore businesses adapt to changing consumer shopping habits, Shopee is helping manufacturers strengthen direct relationships with consumers through e-commerce, enabling traditionally B2B businesses to build recognised consumer brands and drive long-term growth.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings