the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 27, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM Anwar sampaikan sumbangan kepada pelakon Nur Azifah

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada pelakon Nur Azifah Zainon Abidin bagi membantu meringankan beban kos perubatan kanser.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar memaklumkan sumbangan itu disampaikan melalui Setiausaha Politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi ketika menziarah Nur Azifah menerusi Ziarah MADANI di kediaman pelakon itu di Hulu Kelang.

“Saudari Nur Azifah telah menderita sejak tahun lepas akibat kanser payu dara. Pelakon drama Istidraj dan Seindah Tujuh Warna Pelangi ini perlu menjalani rawatan berkala bagi merawat kanser tersebut, namun kos rawatan yang ditanggung amat membebankan.

“Saya mendoakan saudari Nur Azifah dikurniakan keafiatan oleh Allah SWT dan beliau diberi kekuatan untuk berdepan dugaan ini,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan ibu kepada lima anak itu memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM35,000 untuk kos rawatannya.

Antara drama dilakonkan Nur Azifah, 60, ialah Seindah Tujuh Warna Pelagi, Istidraj, Kalimah Jiwa, Dia Bidadari Syurga, Inikah Dikatakan Cinta, Syurga Noah, Ratu Lori dan Suri Cinta

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings