the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM Anwar tarik lebih banyak perniagaan Jerman untuk melabur di Malaysia

BERLIN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan lebih banyak perniagaan Jerman untuk memanfaatkan lokasi Malaysia yang strategik di Asia Tenggara dan infrastrukturnya yang dibangunkan, sebagai destinasi pelaburan pilihan.

“Dalam Kesatuan Eropah (EU), sudah tentu, Jerman adalah rakan dagang terbesar kami dan anda telah melabur jumlah yang cukup besar iaitu hampir US$15 bilion (RM70.24 bilion),“ katanya dalam sidang akhbar bersama rakan sejawatnya Canselor Olaf Scholz di Canselori Persekutuan, Berlin.

Beliau memberikan contoh Infineon Technologies AG dan banyak syarikat terkemuka lain di Jerman yang telah memilih Malaysia sebagai hab penting, pusat kecemerlangan dan pusat latihan.

Sehubungan itu, katanya Malaysia berharap kepada kerjasama yang lebih luas, bukan sahaja dalam meningkatkan perdagangan dan pelaburan, malah untuk memperkukuh hubungan dua hala dalam semua bidang.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Malaysia berminat untuk memberi fokus terhadap latihan pelajar.

“Kami mempunyai kira-kira 1,000 pelajar di seluruh Jerman untuk menjalani latihan di syarikat Jerman sebagai pendedahan awal kepada mereka,“ katanya.

Perdana Menteri berkata Putrajaya turut menyambut baik minat Berlin dari segi pelaburan baharu dalam tenaga boleh baharu (TBB) dan teknologi hijau.

“TBB telah menjadi tumpuan kami pada masa ini dan kami bertuah kerana mempunyai kekuatan dalam tenaga solar, tenaga hijau dan kukuh dari segi kapasiti kami untuk mengeksport TBB,“ katanya.

Menurut Anwar, Malaysia mengeksport TBB ke Nusantara, iaitu ibu negara baharu Indonesia serta menerusi kabel di bawah laut ke Singapura.

“Oleh itu, terdapat potensi besar yang anda dapat lihat melalui pertumbuhan pesat pusat data dan AI (kecerdasan buatan) ke rantau ini, terutama di Malaysia,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Anwar sekali lagi menegaskan bahawa Malaysia optimis untuk mencapai pertumbuhan ekonomi antara 4 peratus dan 5 peratus pada 2024, berdasarkan asas kukuh iaitu kerangka ekonomi MADANI dan pembaharuan yang digariskan menerusi Belanjawan 2024 Malaysia.

Beliau turut menekankan bahawa kerangka ekonomi MADANI akan memanfaatkan kekuatan semula jadi Malaysia dalam meningkatkan daya saing negara, dengan mengutamakan kepada langkah kemampanan fiskal, amalan tadbir urus yang baik dan penyampaian perkhidmatan yang cekap.

Terdapat lebih 700 syarikat Jerman berpangkalan di Malaysia yang mewujudkan sejumlah 65,000 pekerjaan.

Jerman adalah rakan perdagangan terbesar Malaysia dalam kalangan anggota EU sejak tahun 2000 manakala Malaysia merupakan rakan perdagangan terbesar bagi Jerman dalam kalangan negara anggota Asean.

Pada 2023, nilai dagangan Malaysia dengan Jerman meningkat sebanyak 5.9 peratus kepada RM63.45 bilion (USD13.90 bilion) berbanding RM59.87 bilion (USD13.62 bilion) pada 2022.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival Held in Binzhou

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 18, the 2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival was held at the Yellow River Delta Trading Center in Binzhou.

Befar Group Achieves Mass Production of 6N-Grade High-Purity Hydrogen Fluoride

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 19, Shandong's Befar Group achieved a technological breakthrough in four key areas of process, engineering, testing, and filling to bring its high-purity hydrogen fluoride (HF) for semiconductor applications to the 6N grade (99.9999%).

Shopee Launches #MyShopeeJingle Competition with S$10,000 Cash Prize and Opportunity to Create Its Next...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Shopee today launched #MyShopeeJingle, a nationwide competition inviting tertiary students across Singapore to create the next soundtrack for Shopee's iconic 12.12 campaign.

Freshening Leverages Shopee’s Integrated Solutions to Scale Consumer Brand Zappy

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - As more established Singapore businesses adapt to changing consumer shopping habits, Shopee is helping manufacturers strengthen direct relationships with consumers through e-commerce, enabling traditionally B2B businesses to build recognised consumer brands and drive long-term growth.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings