the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, November 27, 2025
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM Anwar tekankan persefahaman kaum kunci kemajuan negara

PM Anwar Ibrahim menyeru rakyat pelbagai kaum utamakan persefahaman dan perbincangan demi keamanan dan kemajuan ekonomi negara

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat pelbagai kaum supaya sentiasa mengutamakan persefahaman dan perbincangan dalam menyelesaikan perbezaan.

Beliau menegaskan tanpa keamanan, negara tidak mampu mencapai kemajuan.

Mengimbau lawatan ke tiga negara di Afrika baru-baru ini, Anwar berkata pergolakan antara kumpulan etnik menghalang kemajuan dan pembangunan untuk manfaat rakyat.

“Sebab itu saya minta kawan-kawan termasuk di Sabah, jangan pandang ringan (keamanan) sebab sikit sahaja salah, pecah habis,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Mesra Perdana Menteri bersama Komuniti Cina Sabah anjuran Gabungan Persatuan Cina Sabah.

Anwar menekankan setiap komuniti mempunyai cabaran tersendiri, namun penyelesaian memerlukan kesediaan semua pihak untuk berunding.

“Kita mempunyai kepelbagaian kaum, tetapi bukankah kita boleh saling bertolak ansur untuk mencari penyelesaian?” katanya.

Perdana Menteri berkata apabila keamanan dijaga dengan baik, ekonomi negara boleh terus berkembang.

Beliau membandingkan prestasi ringgit dengan mata wang Asia lain seperti rupiah Indonesia, baht Thailand dan peso Filipina.

“Ringgit menunjukkan prestasi antara terbaik di Asia,” katanya.

Anwar menambah kejayaan ekonomi negara turut didorong oleh perusahaan kecil dan sederhana sebagai pemangkin pertumbuhan sektor swasta. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories