the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM Anwar ucap selamat berjuang kepada kontinjen Malaysia di Sukan SEA 2025

Perdana Menteri Anwar Ibrahim beri ucapan selamat berjuang kepada kontinjen Malaysia yang bertanding di Sukan SEA 2025 di Thailand

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat berjuang kepada kontinjen Malaysia di Sukan SEA 2025 yang bermula secara rasmi di Thailand hari ini.

“Beraksilah dengan fokus, tenang dan penuh keyakinan,” katanya dalam hantaran media sosial.

Anwar menambah bahawa doa seluruh rakyat Malaysia mengiringi setiap langkah atlet negara.

Sukan SEA 2025 berlangsung dari 9 hingga 20 Disember 2025.

Sukan Para ASEAN 2025 pula dijadualkan bermula dari 20 hingga 26 Januari 2026.

Malaysia menghantar 1,142 atlet disertai 515 pegawai bagi Sukan SEA 2025.

Bagi APG 2025, kontinjen negara melibatkan 236 atlet dan 117 pegawai.

Negara menetapkan sasaran 200 pingat tanpa mengira warna.

Beberapa acara sukan telah pun bermula sejak minggu ini. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Norway files formal FIFA complaint over Balogun ban

Norway’s football chief says they will seek board backing to lodge a formal complaint with FIFA’s ethics committee over the suspension of Folarin Balogun’s World Cup ban.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings