the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis buru lapan lelaki bertopeng, larikan kira-kira 3kg barang kemas

KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu lapan lelaki bertopeng disyaki menyamun dan melarikan barang kemas seberat kira-kira 3 kilogram (Kg) dari sebuah rumah di Taman Bukit Kinrara, Puchong, pada awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP A.A. Anbalagan berkata dalam kejadian pada 4.10 pagi itu, semasa berada di luar perkarangan rumahnya, mangsa didatangi lapan lelaki dipercayai warga tempatan, bersenjatakan parang yang memakai baju lengan panjang dan bersarung tangan.

“Seorang daripada suspek telah menumbuk muka mangsa beberapa kali dan memaksanya memberitahu di mana tempat wang disimpan sebelum mangsa dibawa masuk ke dalam rumah.

“Selain itu, suspek turut memaksa ibu pengadu yang juga berada di rumah itu untuk menanggalkan barang kemas yang dipakainya sebelum bertindak menyelongkar setiap bilik di kediaman mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anbalagan berkata suspek melarikan dua beg berisi barangan kemas dianggarkan seberat kira-kira 3 kg dan wang tunai RM5,000.

Mangsa yang berumur 24 tahun telah membuat laporan berhubung kejadian berkenaan pada 5.53 pagi.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi polis bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana rompak berkumpulan dan bersenjata,“ katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings