the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis cari individu gantung enam kain rentang tidak puas hati mengenai PRU15

JOHOR BAHRU: Polis Johor sedang mengesan individu yang menggantung kain rentang memaparkan kata-kata meluahkan perasaan tidak puas hati dipercayai melibatkan sebuah parti politik, serta berkaitan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekitar daerah Kota Tinggi, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata pihaknya mengesan kain rentang seumpama itu digantung di enam tempat awam.

Katanya perbuatan itu merupakan satu kesalahan kerana mereka yang berhasrat menggantung kain rentang dan sebagainya di kawasan berkenaan, perlu membuat permohonan bagi mendapatkan kebenaran daripada Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) terlebih dahulu.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Tindakan menurunkan kain rentang itu telah diambil oleh pihak MDKT, bagaimanapun individu yang menggantung kain rentang itu belum dapat dikesan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings